RAWATAN AWAL BANTU KANAK-KANAK AUTISME KEMBALI FOKUS

Tidak ramai ibu bapa sedar dan faham tentang autisme ini sebenarnya. Memang sukar nak terima hakikat, anak yang dilahirkan sempurna dengan cukup sifat fizikal tetapi apabila semakin meningkat usia, kita boleh lihat perkembangannya tak sama seperti rakan-rakan sebanya mereka yang lain. Ada sesetengah ibu bapa juga enggan mendapatkan pengesahan dari doktor dengan mengganggap bahawa anak mereka adalah sihat secara fizikal tanpa perlukan rawatan. Akhirnya anak ini dihantar ke sekolah yang sama seperti anak-anak normal yang lain. Kesudahannya??

 

 

Itulah fitrah kita sebagai manusia. Sihat dari segi fizikal tak semestinya juga sihat dari segi mental dan perkembangan otak. Kita sebagai ibu bapa memang kena cakna dengan setiap gerak geri atau perubahan serta pebezaan anak kita dengan rakan sebaya mereka. Ini bukan tujuan untuk membandingkan anak siapa yang lebih hebat tapi untuk kita sebagai ibu bapa sedar dari awal dan cuba atasi masalah ini sebaiknya.

 

Salah satu faktor keengganan ibu bapa mendapatkan pengesahan tentang autisme ini ialah MALU dan TIADA MASA untuk berjumpa doktor. MALU apabila disahkan bahawa anak ini penghidap autisme. Nak malu buat apa? Sanggupkah kita biarkan anak kita tanpa merima rawatan sebaiknya? Alasan TIADA MASA jika betul ianya autisma kerana rawatan yang bakal diberikan berbentuk terapi yang harus dilakukan berulangkali..

 

Sebenarnya, sejauh mana kita faham APA ITU AUTISME??

 

AUTISME merupakan sebuah gangguang psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, samada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang.

 

Masalah ini bukan sahaja melibatkan kemahiran atau perkembangan malah ia juga mengalami masalah dalam mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan juga kesukaran memahami keadaan persekitaran..

 

 

SIMPTOM-SIMPTOM AUTISME

 

Sebagai ibu bapa, kita memang kena cakna akan simptom-simptom ini terhadap anak-anak. Keadaan fizikal mereka yang sama dengan anak-anak lain menyukarkan kita untuk mengenalpasti perbezaan. Setiap anak-anak autisme juga mempunyai simptom-simptom yang berbeza. Sebagai rujukan, boleh lah rujuk antara simptom-simptom autismE ini ialah :

  • tidak menunjukkan eye contact apabila kita berhadapan atau bercakap dengannya
  • tidak membalas senyuman
  • tantrum yang keterlaluan sehingga boleh mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala ke dinding
  • tidak menunjukkan minat untuk bermain dan berkawan dengan kanak-kanak lain tetapi lebih berminat untuk bermain sendiri
  • mengulangi percakapan dengan perkara yang sama
  • suka memutar objek
  • hanya bergaul dengan kumpulan lain apabila didesak

 

Kebiasaannya, mereka yang mengalami Autisme ini menghadapi 4 masalah utama iaitu :

 

  • SPEECH DELAY – pertuturan lambat atau tidak jelas
  • MASALAH PEMBELAJARAN – lemah dan lambat dalam pelajaran berbanding usia sebenar
  • MASALAH PERGAULAN – tidak berminat untuk bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan (gemar menyendiri)
  • TINGKAHLAKU STEREOTIPIKAL – tingkah laku yang berulang atau terhad yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obses dengan sesuatu benda atau isu.

 

Namun ada juga diantara individu autisme ini mempunyai bakat atau kemahiran dalam satu bidang (gifted/savant) tetapi ianya adalah sangat jarang berlaku.

 

** kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan akan terganggu kerana cara mereka berfikir dan memahami dunia adalah lain daripada golongan biasa. Mereka seperti hidup dengan tiada masalah untuk difikir

 

PUNCA AUTISME

 

Terdapat beberapa kemungkinan sebab atau punca berlakunya autisme ini. Antaranya ialah :

  • JANTINA – anak lelaki memiliki 4 kali ganda kemungkinan untuk menghidap autisme berbanding anak perempuan
  • KETURUNAN – anak yang mempunyai keturunan penghidap autisme juga menjadi faktor berlakunya autisme ini berulang
  • PENDEDAHAN SEMASA HAMIL – contonhya pengambilan alkohol atau ubat-ubatan (epilepsi untuk ibu hamil) selama dalam kandungan
  • KELAHIRAN PRA MATANG – bayi yang lahir 26 minggu atau kurang juga berisiko untuk menghidap autisme
  • PENGARUH GANGGUAN LAIN – seperti syndrome down, tourette syndrome, lemah otak (cerebral palsy), neurofibromatosis, rett syndrome dan lain-lain juga boleh mempengaruhi sesorang kanak-kanak mengalami autisme.

 

Jika ia tidak dirawat dari kecil, kelak apabila sudah dewasa kebarangkalian mereka ini sukar untuk berdikari. Selagi kita sebagai ibu-bapa masih hidu, Insya Allah..bolehlah kita cuba bantu mereka dalam urusan seharian. Bagaimana pula apabila umur kita sudah tiada lagi di dunia? Perkara ni kita memang kena ambil serius. Bantu mereka selagi terdaya. Bukan untuk harini sahaja, bahkan ianya untuk kebaikan masa hadapan mereka. Mereka boleh dibantu jika ianya bermula sedari kecil lagi.

 

TIPS BANTU TINGKATKAN FOKUS DAN KREATIVITI ANAK AUTISME

 

1)GUNAKAN CARA YANG MUDAH DIFAHAMI

  • dengan menggunakan buku berwarna atau flash card (kad bergambar) untuk menarik minat dan fokus mereka

 

2) AJARI ANAK CARA MEMINTA SESUATU DENGAN TERATUR & MENGIKUT SUSUNAN

  • gunakan hubungan cara komunikasi yang baik dengan dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata (eye contact).

 

3) ALUNAN MUZIK DAN PERGERAKAN TUBUH

  • melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran

 

4) GUNAKAN PEMBAYANG AWAL

  • konsep anggaran masa. Contohnya kita beritahu lagi beberapa minit kita akan makan atau lain-lain. Ini bagi mengelak mereka menjadi tantrum apabila disuruh berhenti secara mendadak dari aktiviti yang sedang mereka lakukan.

 

Bagaimanapun, kita juga boleh ikhtiar untuk merangsang fokus dan IQ anak-anak autisme ini dengan pemberian SET KANAK-KANAK AUTISMA SHAKLEE

SET KANAK-KANAK AUTISME SHAKLEE

 

SET KANAK-KANAK AUTISME SHAKLEE terdiri daripada:

 

MEAL SHAKES – membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran dengan sihat dan cergas. Meal Shakes juga membantu meningkatkan selera bagi kanak-kanak yang terlalu cerewet dalam pemakanan.

 

OMEGA GUARD – kandungan DHA yang tinggi dalam Omega Guard membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran serta meningkatkan sistem imun kerana kanak-kanak autisme lebih mudah terdedah kepada penyakit.

 

Jika berminat untuk mendapatkan SET KANAK-KANAK AUTISME ini secara online dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Penghantaran courier terus ke rumah anda

klik untuk pembelian online menggunakan kad kredit atau kad debit

 

Boleh juga membeli  SET KANAK-KANAK AUTISME terus melalui whatssapp untuk COD

Kik untuk pembelian Set Kanak-kanak Autisme melalui whatsapp direct

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

 

 

 

One thought on “RAWATAN AWAL BANTU KANAK-KANAK AUTISME KEMBALI FOKUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *