RESEPI RAHSIA ASAM PEDAS IKAN MERAH SEDAP DAN TERANGKAT

Orang Johor ni memang femes la dengan Asam Pedasnya. Tapi kalau makan kat luar, ada nasib dapat la yang kena dengan tekak. Ada tu, dah la kuahnya cair..rasa ke laut tujuh pun kalah.. Hadoi.. Bukan murah harga. Nak-nak kalau kita order ASAM PEDAS IKAN MERAH ni.. sepotong mau dekat RM20-30 dia hentam.. Rasa tak berbaloi la kan?

 

HA..apa kata buat sendiri je.. Takde la susah mana.. Senang je… Ha…meh sini tengok apa bahan-bahan yang diperlukan..

 

jom cekidaut RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH SEDAP DAN TERANGKAT ni..

 

BAHAN A:

bahan-bahan yang perlu dikisar

 

  • Cili kering- 15-20 batang (ikut tahap kepedasan)- direndam dengan air panas
  • bawang merah – separuh biji besar
  • bawang putih – 3 biji
  • halia – 1 inchi
  • belacan – 1 inchi
  • kunyit hidup – 2 inchi
  • lada hitam – 10 biji (ikut tahap kepedasan

 

** kisar semua bahan-bahan di atas ye

 

BAHAN B

 

 

  • ikan merah – 2 hiris besar
  • air asam jawa – 1 mangkuk

 

BAHAN C

 

  • serai – sebatang (diketuk)
  • daun kesum
  • bendi (goreng dengan minyak sedikit) – nak rebus atau tak pun boleh
  • tomato – sebiji

 

BAHAN LAIN

  • minyak masak
  • garam

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN ASAM PEDAS IKAN MERAH SEDAP DAN TERANGKAT

  • kisar semua bahan A.
  • panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak  dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak
  • masukkan serai
  • apabila dah pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Biarkan sehingga separa pekat
  • masukkan ikan merah, daun kesum dan bendi sehingga empuk
  • perasakan dengan garam.
  • masukkan tomato dan tutup air apabila kuah menjadi betul-betul pekat mengikut citarasa masing-masing

 

** anggaran dalam 10-15 minit je untuk ikan tu empuk. Tak payah lama-lama sangat masak atau jangan kerap digaul. Nanti isi ikan tu pecah..

 

Tadaaa… dah siap ASAM PEDAS IKAN MERAH SEDAP DAN TERANGKAT punyerr..

tu dia…merecikk baq angg…

 

Saya lawan kan dengan KANGKUNG GORENG BELACAN.. fuhhh…berdesing.. makan tak toleh kiri kanan dah…

 

kangkung goreng belacan power beb..

 

Dah..dah… tak payah ngencess sangat ye.. Senang je dah ada resepi semua kat atas.. Bila-bila boleh je nak buat.. Senang sangat kan??

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

One thought on “RESEPI RAHSIA ASAM PEDAS IKAN MERAH SEDAP DAN TERANGKAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *