Kenali 10 komplikasi selepas bersalin dan kaedah mengatasinya elak meroyan

Kesihatan selepas bersalin jangan dipandang enteng ya. Selepas bersalin, para mommy perlulah memastikan penjagaan tubuh yang sihat, bukan sahaja luaran tau malahan dalaman juga. Ibu baru sering terdedah kepada pelbagai gejala semasa berpantang. Ada kalanya simptom itu timbul tanpa disedari. Ada masanya, gejala-gejala ini hanya timbul sekejap sahaja dan ada kalanya berlarutan. Oleh sebab itu, ibu baru perlu tahu simptom dan komplikasi yang mungkin berlaku selepas bersalin.

 Berikut adalah 10 komplikasi selepas bersalin dan tips mengatasinya:

1) Sukar kencing

  • Ini boleh diketahui dalam masa 6 jam selepas bersalin melalui jumlah air kencing yang dikeluarkan. Ia mungkin mengalami masalah air kencing bertakung.
  • Cara mengatasinya : cuba bergerak seperti berjalan untuk menggalakkan pengaliranya atau berendam dalam air mandian.

2) Kencing tidak lawas

  • juga dikenali sebagai kencing kotor
  • ia berlaku kerana fungsi sistem peranakan mungkin terganggu selepas bersalin.
  • berpunca apabila kedudukan rahim tidak berada pada tempatnya.
  • Cara mengatasi : melakukan senaman kegel  dan berurut

3) Mudah terkencing

  • mudah berlaku kerana saraf dibahagian vagina dan pundi kencing rosak sehingga menyebabkan kawalan kencing terganggu
  • biasanya akan terjadi ketika bersin, batuk dan ketawa.
  • biasanya juga terjadi kepada ibu baru sehingga tiga bulan.
  • disarankan agar memakai pad sepanjang tempoh tersebut
  • Cara mengatasi : amalkan senaman kegel bagi mengelakkan ia berlarutan
contoh senaman kegel

contoh senaman kegel

4) Kejang perut

  • biasanya terjadi kepada ibu baru semasa menyusukan bayi
  • mungkin berlarutan selama beberapa hari kerana rahim sedang mengecut
  •  Cara mengatasinya : beritahu doktor sekiranya sakit berpanjangan

5) Sakit payudara

  • berlaku sekiranya bayi jarang menyusu selepas lahir atau susu tidak dipam dengan kerap
  • ia jarang berlaku namun ianya bepunca daripada payudara yang dipenuhi susu.
  • akibatnya, payudara akan memberat dan bengkak sekaligus menyababkan kesakitan semasa bayi menghisap susu badan.
  • Cara mengatasinya :
    • kerap memberikan susu badan kepada bayi secara terus ataupun dengan kaedah mengepam jika bayi jarang menyusu.
    • tuam payudara dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air sejuk atau air suam bagi mengurangkan bengkak
    • pakai pelapik payudara (breast pad) sekiranya susu badan banyak dan kerap meleleh

6) Ketidakselesaan pada faraj

  • disebabkan luka episiotomi semasa bersalin normal
  • terjadi kerana ibu baru takut & berasa pedih hendak membersihkan luka di bahagian tersebut
  • Cara mengatasinya :
    • pastikan kebersihan alat sulit bagi mengelak jangkitan
    • secara tradisonal, bersihkan alat sulit dengan menggunakan garam kasar atau manjakani untuk mempercepatkan proses pengecutan dan penyembuhan luka

7) Buasir

  • terjadi pada bahagian dubur akibat tekanan yang tinggi semasa meneran menyebabkan saluruan dubur membengkak
  • menyebabkan kesukaran proses pembuangan air besar
  • Cara mengatasinya : tuam air batu pada baagian dubur yang membengkak bagi mengurangkan ketidakselesaan.

8) Sembelit

  • sering terjadi kepada ibu yang kurang minum air, kurang serat di dalam badan ataupun disebabkan pengambilan makanan atau ubat yang bersifat panas seperti herba dan jamu.
  • akan memudaratkan ibu sekiranya dibiarkan
  • akibatnya, luka episiotonomi terbuka semasa membuang air besar.
  • Cara mengatasinya: banyakkan mengambil makanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi serta minum air masak 6-8 gelas sehari

9) Pendarahan

  • ibu mungkin mengalami pendarahan faraj ketika dua hingga enam minggu selepas bersalin
  • darah akan mengalir banyak dan berkurangan selepas beberapa hari
  • Sekiranya mengalami sindrom pendarahan yang banyak disertai denyutan jantung berdegup kencang, pening kepala, berpeluh dan ingin pitam, segeralah berjumpa doktor kerana kemungkinan ia adalah simptom tumpah darah.
  • Cara mengatasi : akan berkurangan dan terhenti bagi ibu yang menyusukan bayi dengan konsisten

10) Baby blues

  • selepas kelahiran, ibu baru mungkin mengalami perubahan emosi kerana ketidakselesaaan tubuh yang dialami.
  • kemurungan ini, biasa dialami oleh wanita lepas bersalin
  • Namun ia masih berada pada tahap ringan atau masih dalam kawalan yag tidak membebankan
  • Cara mengatasinya : dapatkan sokongam keluarga terutamanya pasangan bagi memulihkan emosi ibu

Komplikasi-komplikasi di atas sekiranya tidak dikawal atau dibendung boleh menyebabkan ibu mengalami simptom meroyan selepas kelahiran. Ia tentunya menggangu proses berpantang bagi si ibu dan bayi. Kesihatan luaran dan dalaman sangatlah perlu dititiberatkan bagi mencapai tahap kecergasan yang optima untuk kembalikan kesihatan tubuh seperti sediakala.

Sebab tu saya amalka SET BERPANTANG dari SHAKLEE sejak anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah… Tiada sebarang komplikasi yang saya alami sepanjang tempoh berpantang walaupun terpaksa berpantang sendiri dirumah. Syukur sangat…

Tentang azlina mubin

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

One thought on “Kenali 10 komplikasi selepas bersalin dan kaedah mengatasinya elak meroyan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *