KISAH KELAHIRAN ANAK KELIMA : NUR AIRIN KHAYYIRA

22 Julai 2018 (Ahad)

Pagi tu..seperti biasa bangun seawal 5.30 pagi kejutkan kakak Nurin bangun untuk ke sekolah, saya prepare roti bakar untuk dia sarapan nanti.. Sambil-sambil ON mesin basuh untuk mencuci baju.. Kemudian saya mandi…

Semasa mandi, kelihatan ada lendir yang keluar berwarna coklat.. Tapi takde pula rasa sakit.. Saya mandi je la macam biasa..

Usai mandi & solat, saya temankan Nurin untuk bersarapan selepas mengejutkan suami dan anak-anak yang lain pula..

7pagi

Balik dari hantar Nurin ke sekolah, terus ambil baju yang dah siap dicuci untuk disidai.. Siap sidai baju, saya pula sarapan.. Lapar pula rasa.. Senang je…Bancuh ESP dan fresh milk supaya lebih kenyang..hihi..

Barulah saya masak nasi goreng kampung untuk anak-anak dan suami..

8pagi

Mandikan Ayra.. Manakala Izzah dan Zuhrah dah mandi awal tadi & solat Subuh bersama Ayahnya..

Siap semua, kami pun makan bersama…

8.30pagi

Masa ni saya dah start sakit dibahagian ari-ari.. Masuk toilet.. tu dia.. ada lagi lendir berwarna coklat ketika usai buang air kecil..

Saya cakap dengan suami, dah start sakit contraction 10minit sekali..

Siapkan barang-barang untuk anak-anak tinggal di rumah kakak saya..

9pagi

Selesai semua..Terus ke sekolah, minta izin guru kelas untuk ambil Nurin..

Terus ke Taman Daya dan hantar anak-anak di rumah kakak..

Di dalam kereta dah mula contraction 5minit-5minit… terbongkok-bongkok saya menahan sakit.. Sambil bibir tak kering dari berzikir dan berselawat..

Lancar sangat lalulintas pagi tu.. lengang.. tak banyak kereta kat highway Pasir Gudang.. 15minit je dah sampai di rumah kakak..

9.30pagi

Sampai di rumah kakak di Taman Daya untuk hantar anak-anak. Kemudian terus ke HSI yang tak jauh juga jaraknya dari rumah kakak.

9.45pagi

Sampai di Hospital Sultan Ismail.. Suami turunkan saya di bahagian Emergency dan dia parking kereta..Saya terus je naik lif dan buat pendaftaran sendiri. Dia menyusuli kemudian.. Saya bawa beg barangan bayi & dia pula bawa beg saya..

10pagi

Usai sesi pendaftaran, terus ke bilik saringan memandangkan saya dah sakit sangat.

“Alamak…penuh pula”, kata saya dalam hati.. Di kerusi menunggu, ada 3orang lagi sedang menunggu giliran untuk diperiksa..Nurse meminta doktor untuk memeriksa saya terlebih dahulu.

Doktor meminta saya menukar kain hospital.. Semasa menukar kain, tu dia.. banyak dah keluar lendir bercampur darah.. Saya beritahu doktor akan hal itu..

Tiba waktu doktor memeriksa bukaan, 6cm katanya… standby beritahunya kepada nurse.. Doktor berlalu dan memeriksa orang lain pula..

10.20pagi

Air ketuban pecah sendiri… Menjerit la saya memanggil doktor.. Saya rasa bayi betul-betul dah ready untuk keluar…

Doktor periksa sekali lagi… “Ha…9cm @ full kata doktor.. Nurse..tolak terus ke labor room” sambil doktor berlari memaklumkan dan mencari LR yang kosong untuk saya..

Nurse meminta tolong doktor yang tadi untuk sama-sama menolak saya ke LR…

Saya katakan pada doktor di LR, saya rasa nak teran sangat ni.. Tiada sebarang branula atau mak neka jarum yang dicucuk kepada saya…

Ready kata nurse…

1, 2,3…push….

Sekali keluar kepala… again.. 1, 2, 3… push…

Alhamdulillah… lepas bahu dan bahagian-bahagian lain….

Fuhh…lega…. 2 kali je teran.. Tak sempat suami nak teman saya bersalin. Apabila baby dah selamat keluar, baru nurse panggil dia masuk untuk iqamatkan baby..

Sejurus dilahirkan

Yang sambut kelahiran bayi saya ialah nurse.. Manakala doktor hanya menjahit luka.. Walaupun dah beranak lima.. saya tetap kena jahit..hihi.. Tapi tak banyak pun..

Oh ya, sebelum terlupa.. Semasa masuk ke bilik saringan tu nurse hanya minta lampin pakai buang je sekeping. Baju dan lain-lain, dia tak nak.. Memandangkan saya dah sakit sangat masa tu, saya hanya beritahu ada di hadapan kocek beg yang saya bawa.. Nurse tak ambil pun rupanya…

Betul kata orang.. orang perempuan ni bila teringat sakit bersalin, macam dah tak nak bersalin lagi.. Tapi bila teringat syok bau baby, hilang semua rasa serik tu..

Kaki si comel. Putih kemerahan warna kulitnya.. Kuku pun bukan main panjang.. Penangan ESP la ni.. hihi

Syukur sangat Allah swt permudahkan urusan saya hamil dan bersalin kali kelima ni… Walaupun terpaksa terima beberapa jahitan, sakit tu hilang bila terlihat bayi yang sempurna di dakapan saya… Hanya berbekalkan sarapan ESP je, dengan izinNya, memadai untuk memperoleh tenaga bersalin di pagi hari..

 

Alhamdulillah… saya selamat melahirkan bayi perempuan kelima dengan berat 3.03kg pada jam 10.28pagi… Bayangkan kalau kami lambat tiba di hospital, mungkin dalam keretalah saya bersalin barangkali.

 

Tu dia.. 3.03kg.. Kami namakannya: Nur – cahaya Ayrin – kedamaian Khayyira – orang yang banyak membuat kebajikan

Kami (saya dan baby) telah discharged pada jam 6.15petang itu juga… Syukur sangat.. segalanya berjalan dengan lancar.. Ibu dan baby juga sihat…

 

Yeah..dah boleh discharge..

Walaupun hamil anak kelima di usia 37tahun, Alhamdulillah juga saya dijauhkan dari sebarang risiko penyakit GDM, Anemia atau lain-lain… Ketahui rahsia saya di SINI

Ikuti kisah berpantang anak kelima saya sambil menguruskan diri sendiri, empat anak-anak yang lain dan hal rumahtangga SENDIRI..

Terima kasih kerana sudi bertamu di entry ini…

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *