RAHSIA HAMIL ANAK KELIMA DIUSIA 37 TAHUN TANPA SEBARANG KOMPLIKASI

TAK BAHAYA KE MENGANDUNG PADA USIA 37tahun?? DOKTOR TAK MARAH KE??

Kalau kata risiko, tak kira umur.. Sesiapa pun wanita yang hamil ada risiko tersendiri..

Alhamdulillah… perjalanan hamil saya kali ini dipermudahkan sangat-sangat.

Saya disahkan hamil pada Oktober 2017, iaitu ketika usia anak keempat, Ayra 1 tahun 2 bulan.. Rezeki kan? Walaupun hamil, saya masih menyusukan Ayra seperti biasa..

Kehamilan kali ni, saya tidak mengalami sebarang alahan ataupun morning sickness.. Cuma kekadang rasa loya ketika memberus gigi sahaja..

Paling seronok apabila :

  • Ujian saringan MGTT (minum air gula) sebanyak dua kali (di awal kandungan & pada 28 minggu) juga BEBAS dari GDM (kencing manis ketika hamil).
  • Darah tinggi juga tiada mencatatkan rekod bacaan yang tinggi.
  • Berat badan naik sebanyak 14kg sahaja..
  • Bacaan HB juga konsisten <11

 

Mengandung bukan lesen mengidam makan itu ini tanpa menghiraukan risiko yg bakal dihadapi.. salah satunya GDM (diabetes semasa hamil)

Diabetes ni merupakan keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah..

Jadi, berpada-padalah ye… Beringat sebelum kena

Siapa yang berisiko??
  1. Berlebihan berat badan
  2. Terdapat gula dlm air kencing semasa pemeriksaan rutin
  3. Mempunyai sejarah keluarga yg menghidap diabetes
  4. Pernah melahirkan bayi yg mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  5. Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dlm kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
  6. Pernah mengalami diabetes semasa kelahiran yg lalu
  7. Mengalami penyakit seperti hypertensi dan polyhydramnios(air ketuban berlebihan) pada kandungan terkini
  8. Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kandungan

 

APA RAHSIA KESIHATAN SAYA SEPANJANG HAMIL ANAK KELIMA NI?

 

  1. JAGA PEMAKANAN
  • Ini sangat penting, kebetulan dari tahun lepas lagi saya dah mulakan portion suku-suku separuh ketika makan. Saya sama sekali kurangkan pengambilan process food dan makanan  segera (boleh kira hanya berapa kali sahaja pengambilannya)

2. MAKAN MENGIKUT WAKTU

  • Apabila mengamalkan portion suku-suku separuh, maka saya juga amalkan makan 6 kali sehari (dengan portion kecil)
    • sarapan (ESP + fresh milk + rolled oat)
    • snack time pagi (biskut atau roti whole meal / grain)
    • lunch (nasi @ makanan lengkap – suku-suku separuh)
    • snack time petang (buah-buahan)
    • dinner (nasi @ makanan lengkap – suku-suku separuh)
    • snack time malam (buah-buahan)

3. JAGA EMOSI

  • Memandangkan tetap juga kena uruskan keluarga dan anak-anak yang lain, maka emosi ketika   ini sangatlah penting. Kalau perlukan seseorang untuk berkongsi masalah, cuba hubungi teman baik untuk diluahkan agar reda bebanan di kepala.

4. KEKAL AKTIF

  • Walaupun hamil, saya juga kekal aktif menjalankan rutin harian seperti biasa. Riadah di petang   hari sambil  brist  walk bersama anak-anak.

Pada usia kandungan 38w, masih gigih COD dan uruskan anak-anak yang lain

5. KURANGKAN KERJA BERAT 

  • Kerja-kerja rumah yang memerlukan tenaga dan kudrat yang lebih, memang saya minta tolong suami atau  buat bersama-sama anak-anak supaya mengelakkan risiko keguguran.

6. KEKAL POSITIF

  • Banyakkan amalan rohani agar dapat mendekatkan diri kepada Ilahi. Dengan cara ini, kita akan merasa lebih tenang dan positif sepanjang tempoh kehamilan. Lakukan juga perkara- perkara yang kita suka, contohnya berkunjung ke tempat-tempat yang menarik supaya mood positif sentiasa berada dalam diri

 

7. PENGAMBILAN SUPPLEMEN

Pemeriksaan kesihatan ketika hamil, berjalan lancar tanpa ada sebarang komplikasi merbahaya

Selagi kita boleh usaha..kita usaha lah untuk menjaga rezeki dari Allah swt ini sebaiknya… Tak kiralah berapa pun usia kita.

Semoga ibu & baby sihat-sihat je ye.. Boleh ikuti kisah bersalin anak kelima saya DI SINI

Terima kasih kerana sudi bertamu di entry ini…

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *