5 TIPS ELAK MENGUMPAT BANTU HATI LEBIH TENANG

Sakitnya hati bila kita dapat tahu ada orang bercakap mengenai kita. Kalau yang baik, tak mengapa juga. Sedap sikit mendengarnya. Ini dahlah cerita pasal keburukan kita, tak betul pula lagi. Dah boleh rasa macam disiat-siat daging ni.

 

Jaga-jaga ye dengan dosa mengumpat. Silap hari bulan jatuh FITNAH pula kalau benda tu tak betul. Perbuatan mengumpat ni adalah sama macam kita memakan daging saudara kita sendiri tao. Tergamak ke?? Manakala kalau dosa fitnah ni adalah lebih besar daripada dosa BERZINA

 

 

Nauzubillah… Hebat sangat kah kita sampai tak takut dosa? Kebal sangatkah kita untuk hadap hukuman dan seksa dari Allah swt nanti.

 

Kadangkala, gaya perwatakan luaran tak menjaminkan keperibadian seseorang. Sebab tu kita disuruh SOLAT. Solat tu dapat menghindarkan diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Tapi bila kita dah jaga solat kita tapi masih juga mengumpat, kita mmang kena check semula solat kita. Sebab solat tu TIANG agama.

 

Realitinya, dalam sibuk bercerita tentang kain orang tu koyak sini, kain orang tu koyak sana, rupanya kain sendiri yang terkoyak lansgung tak sedar..

 

5 SEBAB MENGUMPAT

 

1) ANGKUH

  • Orang yang suka mengumpat ni biasanya dari jenis yang tak boleh terima kekurangan atau kelemahan diri sendiri. Diorang mudah rasa sentap dang menganggap diri mereka adalah jauh lebih baik daripada orang lain.
  • Lagi satu, orang macam ni juga suka mengejek dan mencela sebab merasa bongkak dan memandang rendah pada orang lain.

 

 

2) MERASA TERCABAR

  • Ni biasa terjadi iaitu wujudnya persaingan di tempat kerja. So, mengumpat ni menjadi agenda pula untuk menghentam orang lain dari belakang. Rasa nak bersaing dan menonjol diri supaya pihak atasan Nampak kita jauh lebih menyerlah dari orang lain. Tau tak yang perkara macam ni jadi sebab kita berasa diri kita adalah lebih baik dan hebat berbanding orang lain

 

3) TIDAK BERPUAS HATI

  • Keinginan untuk memuaskan hati akibat menyimpan perasaan marah terhadap seseorang pun boleh menjadi sebab mengumpat. Perasaan marah yang memuncak menyebabkan kita sangup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.
  • Jaga-jaga kalau kita tak dapat kawal kemarahan dalam diri sebab ia bolehh menimbulkan hasad dan dendam dalam diri.

 

 

4) DENGKI DAN IRI HATI

  • Sifat dengki dan iri hati yang menguasai diri, mendorong kita untuk menceritakan keaiban atau kesalahan orang lain yang kita tak suka. Bahaya ni kalau tak dikawal sebab kita dah mula rasa tak boleh tengok rang lain lebih bagus dan berjaya dari kita.

 

 

5) KESERONOKAN

  • Best kan bila dapat mengumpat? Biasanya bila dah mengumpat tu, memang payah nak berhenti. Memang susahlah nak berhenti dari buat benda yang kita suka kan? Mengumpat tentang orang lain ni, boleh menjadi satu kepuasan kepada orang yang suka melihat orang lain jatuh. Boleh digelar sebagai radio bergerak dalam masyarakat kita hari ni..

 

Mengumpat ni ibarat pembunuh tanpa senjata. Dalam  kehidupan kita sehari-hari adakalanya terlalu banyak masa dihabiskan untuk memikir atau memperkatakan perihal orang lain. Bercakap pasal perihal orang lain memang boleh menimbulkan rasa seronok dalam diri. Pendek kata ada sahaja bahan yang boleh dijadikan tajuk berita. Biasanya kenalah ada kawan atau geng kan nak mengumpat. Kalau seorang-seorang macam mana nak mengumpat pula.. hihihi… Biasanya kat tempat kerja lah contoh paling mudah.

 

Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata : Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallamberkata : “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.”

(Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)

 

Pelik tapi inilah realiti. Perkara ni macam dah jadi trend di mana-mana. Bercerita tentang keburukan orang, sampai terlupa diri sendiri tu jauah lebih BURUK daripada orang yang dikata..

 

Sampai bila kan nak berperangai macam tu? Di hari Jumaat yang mulia ni, meh saya nak share sikit 5 TIPS ELAK MENGUMPAT BANTU HATI LEBIH TENANG

 

 

1)BERHATI-HATI MEMILIH KAWAN

  • Luangkan lebih banyak waktu untuk diri sendiri. Memang ada masanya kita perlu juga bercampur gaul tapi haruslah berhati-hati dengan siapa kita bergaul. Kena bijak memilih kawan yang betul-betul kita boleh percaya.

 

 

2) BERSIHKAN HATI

  • Biasanya bila ada sesuatu yang menyebabkan seseorang itu terasa hati, maka orang yang tengah merasa sakit hati tu berasa puas bila dapat burukkan orang yang dah sakitkan hatinya tadi.
  • Kalau boleh, memang kena la elakkan wujud perasaan macam tu. Kita cubalah cari kelemahan diri kita sendiri dan cepat-cepat berubah.

 

 

3) KAWAL HATI DARI RASA MARAH

  • Tau tak masa tengah marah, tanpa kita sedari lidah kita akan sebut perkara yang bukan-bukan pasal orang yang kita tengah marah tu. So lpeas ni, memang kenalah belajar kawal emosi atau amarah. Tak rugi pun sabar sebab semua tu lah yang mendorong kita untuk mengumpat.

 

4) BELAJAR BERSIHKAN HATI DARI HASAD DENGKI

  • Mulai sekarang, bersihkan hati kita dari hasad dengki sebab perasaan hasad dengki ni yang mendorong kita untuk menyebut segala keburukan mengenai orang yang sedang dipuji didepan kita tu.

 

5) BELAJAR RASA RENDAH DIRI

  • Mengumpat ni boleh dikatakan sebagai satu penyakit juga. Penyakit mengumpat ni biasanya datang dari hati yang merasa dirnya lebih baik dan tiada kekurangan mahupun cacat cela berbanding orang lain.
  • Maka sebab itulah, kita kena usahakan diri kita mencapai sifat tawaduk dan sentiasa melihat sisi baik orang lain serta kekurangan diri sendiri.

 

What past is past. Mana yang pernah lakukan khilaf mengumpat ni, meh la sama-sama kita bertaubat dan memohon maaf pada semua orang lebih-lebih lagi kepada orang yang kita umpat tu.. Semoga maaf kita diterima dan dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah swt.. Amin… Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Hidup ini tidak lepas dari melakukan kesilapan… Yang penting, ada rasa nak berubah dah baiki kesilapam yang lalu..

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *