LEGOLAND WATER PARK DESTINASI TERBAIK BERIADAH. APA YANG BESTNYA??

Wehuuuu…. Sesi persekolahan bagi tahun 2017 bakal berakhir Khamis ini bagi negeri Johor Darul Takzim, Kedah dan Kelantan. Manakala  Jumaat bagi negeri-negeri lain di Malaysia…

 

Ramai lah dah pakat-pakat plan nak bawa anak-anak bercuti kan? Tak kurang juga yang dah sesiap booking flight, hotel dan homestay di tempat yang bakal dituju tu.. Anak-anak la paling sakan eksaited tu kan? Ada juga parent yang dah janji nak beri reward kat anak-anak yang mempamerkan prestasi cemerlang pada peperiksaan yang lalu..

 

Tahniah!!! Korang memang parents yang hebat…

 

 

Bagi yang takde plan apa-apa lagi, apa kata korang try ke Legoland Water Park, Johor ni.. Anak-anak memang suka berendam.. (anak-anak saya la tu..hihihi..)

 

 

Ada yang masih berkira-kira ye?? Ok, meh saya share sikit pengalaman kami mandi-manda ke Legoland Water Park beberapa bulan yang lalu..

Bersih dan jernih airnya.. nampak tak anak2 saya kat susur air tu 3 orang..hihi

Legoland Water Park ni terletak di Nusajaya. Kalau Waze atau atau Google Map, boleh terus je cari Legoland Water Park.. Dia bersebelahan je dengan Legoland Theme Park tu..

 

 

 

HARGA TIKET

 

Ada perbezaan harga bagi pemegang Mykad. So jangan lupa bawa Mykad tau. Anak-anak punya sekali bawa. Dapat la murah sikit harga nak masuk tu..

 

 

Harga tiket bagi pemegang Mykad:

Dewasa – RM100

Kanak-kanak (3 tahun ke atas) = RM83

Kanak-kanak (0-2 tahun) = RM11

 

Ni harga kemasukan harian. Boleh juga kalau nak buat pas tahunan..

 

 

KEMUDAHAN DAN AKITIVITI YANG DISEDIAKAN

 

Pelampung disediakan secara PERCUMA. Begitu juga dengan life jacket bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak 0-2 tahun, kita akan dibekalkan dengan lampin kalis air sebanyak 2 keping dan WAJIB dipakai jika ingin membawa mereka mandi bersama-sama kita.

 

Tiada pun proper attire requirement.. Kitorang pun pakai baju biasa je mandi. Malas nak bawa banyak-banyak baju.. Hihihi… Macam biasa la kalau water Park ni.. Tiada makanan luar boleh dibawa masuk…

 

PONDOK REHAT (SEWA)

 

Ada 2 jenis iaitu :

  • Gazebo

Harga untuk sewa Gazebo

 

Inilah dia Gazebo. fully aircond. safety sangat dan ada juga peti besi keselamatan.

 

 

Harga sewa untuk Cabana

 

Inilah dia Cabana

 

Kalau tak nak sewa semua ni pun takpe.. Ada juga khidmat sewa locker untuk simpan barangan berharga..

 

Operation hour

 

Legoland Water Park ni mula beroperasi dari jam 10pagi hingga 6 petang je tao.. Memang puaslah berendam..

 

 

APA YANG BEST KAT LEGOLAND WATER PARK NI??

 

Banyak kalau nak cerita apa yang best kat sini ni.. Antaranya :

 

  • Air dia..fuh..bersih betul.. nak jumpa daun kering kat dalam air pun susah.

Tengok tu air dia.. cetek je.. izzah pun kemain lagi seronok..

 

  • Blok-blok LEGO kemain banyak. Bersepah-sepah.. Puas main

  • Keselamatan terjaga. Ramai Life Guard yang sentiasa pantau keselamatan kita khususnya keselamatan anak-anak

 

  • Slide water dia memang best.. tinggi dan penuh adventure. Rugi la kalau takut gayat..

Ibu bawak Ayra jalan2 pusing2.. Lena terus.. Tadi mengarok nak tidur

 

Saya naik tau slide water ni dengan kakak Nurin.. Suka betul dia

  • Tempat makan pun selesa. Macam-macam pilihan makanan dengan harga yang berpatutan

 

Ruang makan di tingkat bawah bersebelahan dengan taman tema kanak-kanak

 

Ni ruang makan di tingkat atas. bersebelahan dengan beach

 

  • Mesra kanak-kanak. Ada je slide water atau permainan air untuk kanak-kanak. Takde la diorang bosan tak boleh nak main apa-apa

 

  • Bersih. Suasana dia bersih. Bukan setakat kebersihan air, malah termasuk Surau dan tandas juga turut bersih..

 

KENAPA MESTI PERGI LEGOLAND WATER PARK NI??

 

Seriously, korang memang kena try. Kalau dah puas main kat Theme Park dia, meh cuba ke Water Park ni.. Anak-anak saya sampai sekarang asyik Tanya, bila nak repeat lagi pergi.. Padahal duduk Johor je pun.. hihi… Bila korang dah pergi, mesti TAKKAN rasa menyesal.. Korang rasai sendiri pengalaman kat sini, baru korang akan rasa BEST ke TAK BEST..

 

 

 

Alhamdulillah..kami sekeluarga seronok sangat.. Anak-anak apatah lagi.. Ayra mula-mula je mengarok sebab mengantuk.. tapi bila dah bangun, berendam sampai tak nak balik..

Dah kesedapan main, tak nak balik budak kecik seorang ni

 

Yang penting, anak-anak happy.. Syukur dapat peluang untuk gembirakan hati diorang. Moment ni tak boleh dijual beli. Kena alami sendiri, Insya Allah..diorang akan ingat sampai bila-bila. Insya Allah.. ada ganjaran Allah swt beri bagi mereka yang gembirakan hati anak-anak.. Amin..

 

Memasing taknak balik.. hihihi

 

Babai Legoland Water Park. Until we meet again.. See you next time….

 

Ambil gambar dulu kat Hotel Legoland ni.. Mana tau suatu hari nanti ada rezeki check in sini pulak kan? Amin..amin..amin

 

 

 

Semoga entri ini bermanfaat & Selamat Bercuti!!

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

3 thoughts on “LEGOLAND WATER PARK DESTINASI TERBAIK BERIADAH. APA YANG BESTNYA??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *