BAHAGIAKAN ANAK-ANAK PEREMPUAN, BESAR GANJARAN ALLAH SWT BERI

Sekejap je dah nak akhir tahun ye… Alhamdulillah..bulan ni, berakhirlah sambutan kami sekeluarga…Anak-anak memang yang paling eksaited dan sentiasa ingat-mengingati tarikh lahir masing-masing..

 

Teringat dulu, saya memang mengharap agar memperoleh anak lelaki sejak dari hamil anak pertama lagi.. Masih tak putus doa dan mengharap sehingga anak keempat. Namun, Allah swt Maha Mengetahui yang terbaik buat saya dan suami.. Walaupun doa kami belum dimakbulkan, saya rasa cukuplah rezeki ini.. Saya redha dan terima rezeki ini seadanya.. Bukan seorang..malah empat orang anak perempuan yang Allah swt beri kepada kami…

 

Subhanallah… besar nikmat Allah beri maka besar ugalah tanggungjawab kami..

 

Sejujurnya, saya memang tak biasa dengan anak kecil sebab saya merupakan anak bongsu.. Hanya ada anak-anak saudara tapi ye la.. bukan saya yang hadap mereka 24jam… ajdi memang agak kekok pada mulanya…

 

Kuasa Allah.. Allah swt permudahkan dari kelahiran anak pertama sehingga keempat.. Walaupun saya berpantang sendiri.. Semakin ramai anak, semakin mudah pula urusan menjaga bayi.. Baru saya sedar..anak-anak saya lah yang banyak membantu… Alhamdulillah..syukur… saya tak pernah menyesal memiliki mereka..

 

Sebab tu, salah satu cara kami tunjuk kasih sayang kami, salah satu cara kami cuba bahagiakan  mereka adalah dengan sambutan hari lahir..

 

Bermula dengan anak kedua kami, Nikmatul Zuhrah pada 8hb April, 2017.. Masa ni kami sambut di Staemboat Meletop je.. Beli kek, ha..buffet makan steamboat bakar-bakar.. Harga pun, reasonable.. Ok la sekali sekala makan ni. Yang penting, dia dan yang lain-lain pun happy.. Ibu dan ayah dia dah syukur sangat..

Nikmatul Zuhrah – 6thn

 

Kemudian, sambutan hari lahir suami pula 22hb July 2017.. Masa ni sambut di kedai kek je.. outing makan-makan kat kedai kek.. untuk ayah, takde kek pun takpe.. Yang peting, anak-anak ingat dan eksaited nak sambut..

 

Happy birthday husband

 

Disusuli dengam sambutan hari lahir saya hanya selang 2 minggu selepas suami iaitu pada 7hb Ogos, 2017.. Buat pun kat tempat yang sama.. Tapi kali ni ada seprais bila ada kek yang dihantar oleh staf kedai tersebut sambil diiringi muzik dan nyanyian Happy Birthday oleh mereka.. Wow..terharu dan terkejut.. Simple bt nice try hah, my husband..hihihi…

Happy birthday to me.. What a surprise

 

Sambung pulak dengan birthday Ayra, anak keempat kami. Kali ni kita sambut dengan family kakak saya pulak ke restoran makanan. Dia baru je setahun, so bukan faham pun apa orang buat kat dia.. Dia tau tepuk tangan je bila orang semua nyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia.. Bila suruh tiup lilin, nak dipegang pulak apinya..hai..Ayra..Ayra…

 

happy 1st year birthday to my little pumpkin Ayra

 

Pada 31hb oktober 2017 pulak.. Hah..birthday si kecik saya ni.. Izzah (anak ketiga).. Kami decide sambut kat kedai kek je memandangkan dia suka dengar orang nyanyi-nyayi ni.. Dapat tiup kek, lagi kemain eksaited lagi dia.. Lepas habis celebrate..terus ajak claim beli present dia…hihi.. tak mahal pun hadiah yang dia minta…hihi.. Tu pun dah best sangat la ada dia tu..

 

Happy Birthday my cutie Izzah

Kakcik dan Ayra

 

Dan akhir sekali pada 15hb November 2017 yang lalu.. Sekali lagi kami datang ke kedai kek ni untuk sambut birthday anak sulong saya, Nurin Qashrina.. Dia sebenarnya letih, nak tidur. Tapi kami ajak juga dia celebrate. Kesian juga kat dia sebab siang tu bizi dengan training volleyball dari pagi hingga petang..

Happy birthday kakak Nurin

 

Sebenarnya, kami bersyukur kerana dipilih untuk menjaga amanah dan rezeki untuk memelihara empat orang anak perempuan.. ya, kami akui bukan mudah untuk menjaga kesemua amanah ini. Menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan.. Banyak aspek perlu kami titik beratkan sehingga mereka dewasa dan seterusnya sehingga mereka berumahtangga..

 

Moment sedari kecil inilah yang kami cuba garapkan kepada mereka agar menyayangi sesama mereka dan kami selaku ibu bapa. Kami cuba bahagiakan mereka sedaya upaya kami.  Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika kami lakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

 

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

 

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

 

Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

 

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

 

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

 

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Tangan wanita yang disangka lembut menghayun buaian, mampu menggoncangkan dunia..

 

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

 

Nauzubillah..

 

Semoga kami dan anda diluar sana dijauhi dari segala musibah dan malapetaka dalam usaha menjaga amanah Allah swt serta mendidik mereka dengan ilmu dunia dan akhirat dengan sempurna… Amin…

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

 

 

2 thoughts on “BAHAGIAKAN ANAK-ANAK PEREMPUAN, BESAR GANJARAN ALLAH SWT BERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *