TIPS PENJAGAAN KULIT KEPALA DAN RAMBUT BAYI ELAK CRADLE CAP (KULIT BERKERAK)

Ini adalah perkara yang selalu kita sebagai ibu bapa terlepas pandang dan adakala menganggap ianya sebagai perkara yang remeh serta dipandang enteng. Korang tau tak, kalau kita biarkan je boleh mengakibatkan ianya lebih parah.

 

Sebenarnya, bukan senang tau nak jaga kulit kepala dan rambut bayi ni. Kita ni sebagai ib, memang seboleh-bolehnya kita nak pastikan dapat memberi yang terbaik untuk penjagaan bayi kita. Bagi ibu baru, meh la saya kongsikan sikit TIPS PENJAGAAN KULIT KEPALA DAN RAMBUT BAYI ELAK CRADLE CAP (KULIT BERKERAK)

 

 

1)SEMASA MANDI

 

Nak jaga rambut dan kulit kepala bayi ni tak la sesusah mana. Perkara yang paling penting ialah kita kena selalu bersifat lembut (gentle) semasa mengendalikan kepala bayi.

 

Semasa mencuci kulit kepala dan rambut bayi, pastikan kita melakukannya dengan perlahan-lahan dan lembut. Bayi ni, ada botak, ada yang berambut lebat da nada juga yang berambut sedikit semasa lahir. Tapi, ianya hanya kekal beberapa bulan je sebelum ianya tumbuh yang baru.

 

Jadi, untuk bayi yang berambut lebat, kena pastikan ianya tak bergumpal sebelum mencucinya. Kalau boleh, elakkan daripada menekan kepala bayi terlalu kuat terutama di bahagian ubun-ubunnya.

** sebenarnya bayi ni tak perlu pun dimandikan setiap hari. Kita cuma perlu lapkan je seluruh badan bayi menggunakan tuala basah. Bayi ni tak macam orang dewasa sebab kulit bayi nii takde la terlalu kotor. Hanya perlu bersihkan je tubuh bayi dengan air suam. Bahagian tubuh yang pelu dibersihkan seperti bawah lengan, bahagian sulit, tangan dan kaki boleh la letakkan sabun atau pembersih mandian. Memandikan bayi ni memadai kalau hanya dilakukan dua atau tiga kali seminggu

 

 

2)SYAMPU BAYI

 

Ha.. ni pun tak kurang pentingnya tau.. Pilihan syampu dan mandian bayi adalah faktor penting untuk menjaga rambut bayi. Kena bijak memilih produk kerana sekarang ni bermacam-macam syampu yang dibuat untuk bayi. Pilihlah syampu yang tidak mengandungi:

 

  • bahan terlarang,
  • bebas sabun dan alkohol
  • yang akan memberikan iritasi pada kulit kepala
  • tidak memedihkan mata bayi kita.

 

CIRI-CIRI SYAMPU YANG BAIK IALAH :

 

Ciri-ciri Set Mandian Bayi yang terbaik

 

  • Berasaskan bahan semulajadi
  • Tak memedihkan mata bayi
  • pH seimbang
  • ada ujian klinikal
  • telah diuji oleh pakar kanak-kanak
  • terbukti mengandungi bahan organic
  • hypoallergenic

 

3)MASALAH KULIT KEPALA

 

Pernah tak tengok kulit kepala bayi macam ada kelemumur?? Ha.. tu namanya cradle cap atau biasanya kita panggil kerak yang kat kepala tu. Ala..macam berkelopak, berminyak dan tompok-tompok berkerak atas kepala bayi.

 

Menurut pakar, cradle cap ni berlaku sebab hormon yang diterima oleh bayi daripada ibunya pada tempoh akhir kehamilan merangsang pengeluaran minyak pada kulit kepala bayi sampai boleh menghasilkan cradle cap ni.

 

 

Walaupun cradle cap ni kelihatan tak menarik tetapi ianya tak menyakitkan. Masalah ni memang sering dihadapi oleh sesetangah ibu bapa. Tapi jangan la pula, kita ambil sikat tajam dan cuba nak kikis kerak ni.. Allahu..sakit tau bayi tu.. bila mandi, dia akan rasa pedih nak meronta sakit.

 

Biasanya cradle cap ni terjadi beberapa bulan pertama selepas bayi lair dan akan semakin ilang sekitar umurnya enam bulan.

 

CARA MENGATASI CRADLE CAP ELAK LEBIH BURUK

 

Urut lembut kepala bayi dengan menggunakan jari, berus lembut atau kain lembut bagi membantu menghilangkan kerak-kerak yang ada

 

Sebelum bilas syampu pada kepala bayi, sikat kepala bayi menggunkan berus yang lembut. Paling penting, carilah Set Mandian Bayi yang selamat, semulajadi dan berkesan. Bukan sahaja membantu mengatasi cradle cap, malah turut membantu bayi yang mengalami ekzema dan juga ruam lampin.

 

Semestinya dari Shaklee..

klik untuk order melalui whasapp direct

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *