RESEPI JELLY BUAH LONGAN YANG LAZAT DAN SENANG SANGAT

Dah nak habis sesi persekolahan bagi tahun 2017 ni tak lama lagi. Sekejap betul rasa.. Time-time ni lah kebanyakkan sekolah atau tadika ambil kesempatan untuk mengadakan jamuan akhir tahun kan? Mesti la kena sumbangkan makanan atau minuman untuk anak-anak menjayakan hari tersebut. Kenangan.. Tahun depan belum tentu satu kelas lagi.. Bagi yang sekolah tadika pun begitu juga..

 

 

Boring la asyik-asyik kuih, bihun goreng, nugget dan bla..bla..bla… Apakata kita buat lain sikit untuk tahun ni. Saya la tu yang malas nak masak-masak beriya sangat kat dapur tu.. Yang penting, anak-anak dan rakan-rakan sekelas serta cikgu-cikgu pun enjoy menikmati juadah yang dibawa.

 

Meh la cuba RESEPI JELLY BUAH LONGAN YANG LAZAT DAN SENANG SANGAT nak menyediakannya. Bukan setakat senang nak buat, nak makan pun senang je. Ambil, terus masuk seketul dalam mulut.. sedap pulak tu..

 

ok jom kita cekidaut…

 

BAHAN-BAHAN

bahan-bahan untuk menyediakan jelly longan

 

  1. Konyaku jelly powder – sepeket
  2. Buah longan – 1 tin
  3. Gula Pasir – 3/4 cawan
  4. bekas acuan
  5. Air masak – 1 liter (jumlah 1 liter adalah apabila dicampur dengan air longan di dalam tin)

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN JELLY LONGAN

 

1) Campurkan gula pasir bersama serbuk jelly ke dalam kuali / periuk non-stick

 

2) Hidupkan api sederhana.

 

3) Masukkan air masak yang telah dicampur dengan air longan

 

4) Kacau perlahan-lahan supaya tidak berketul sehingga agak pekat.

 

5) Tutup api dan tuangkan air jelly ke dalam jag tahan panas

 

6) Sebelum menuang air jelly ke dalam acuan, pastikan acuan telah diletakkan dengan buah longan yang dibelah dua (tak belah pun takpe)

 

7) Tuangkan jelly yang telah pekat ke dalam acuan (Kena buat dengan pantas sebab ia mudah keras

 

8) Masukkan ke dalam peti sejuk sekitar 30minit – satu jam supaya lebih enak jika dimakan ketika sejuk.

 

Taddaaa….. dah siap.. sepeket jelly powder ni, dapatlah 30-35 biji..

 

Saya gunakan hujung sudu je nak keluarkan jelly ni dari acuan. Selain buah longan, boleh juga gunakan buah-buahan yang lain mengikut citarasa anda. Begitu juga sekiranya ingin meletakkan pewarna makanan untuk nampak lebih menarik. Tapi saya memang suka putih jernih macam ni je… hihi..

 

 

Selamat menjamu selera ye semua.. Semoga entri ini bermanfaat & Good luck tao!!

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

 

2 thoughts on “RESEPI JELLY BUAH LONGAN YANG LAZAT DAN SENANG SANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *