TIPS PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENENTUAN DARJAH SATU UNTUK TAHUN 2018.

Alhamdulillah…harini Zuhrah (anak kedua saya) telah selamat menjalani peperiksaan penentuan darjah satu untuk tahun 2018 (tahun hadapan).

Eksaited nak duduki exam pagi ni

 

Eksaited kemain lagi dia bangun awal pagi..

 

 

Tahniah bagi yang telah selamat menduduki peperiksaan ini. Bagi yang belum, di sini saya ceritakan serba sedikit persiapan untuk ibu bapa take note bagi melancarkan proses menjalani peperiksaan pada hari tersebut..

 

 

Saya kongsikan beberapa TIPS PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENENTUAN DARJAH SATU UNTUK TAHUN 2018 seperti di bawah. Antaranya :

 

1) SIJIL LAHIR ASAL

 

  • Ini paling penting yang PERLU di bawa, kerana di bahagian belakang sijil lahir anak, telahpun dicop oleh pihak sekolah semasa Pra Pendaftaran dahulu & ada tertera sekali NO DAFTAR 2018 di situ. Jangan tinggal ye

 

 2) DATANG AWAL

 

  • Sesi pendaftaran bermula pada jam 8-8.30 pagi. Datang awal boleh mengelakkan kesesakan semasa meletakkan kereta dan boleh mengelakkan keadaan kelam kabut.

 

3) BERATUR

ibu bapa beratur bersama anak bagi sesi mendaftar

 

  • Semasa proses mendaftar, jagalah adab supaya tidak menyusahkan orang lain yang penat-penat beratur. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak kan??

 

4) SARAPAN

Gerai jualan makanan sempena program #jomgegar di sekolah. So, boleh juga sarapan di sekolah

  • Peperiksaan akan bermula pada jam 8.30-11pagi untuk 3 kertas iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Satu tempoh masa yang lama tu.. Jadi pastikan anak-anak sudah siap bersarapan sewaktu di rumah sebelum datang menduduki peperiksaan. Boleh juga bawa bekal minuman air masak ke dalam bilik peperiksaan.

 

5) ALATAN MENULIS DAN PENSIL WARNA

 

  • Sila pastikan juga kelengkapan menulis seperti pensil, pembaris, pemadam dan pensil warna sudah siap diasah (sharpen) terlebih dahulu bagi memudahkan anak-anak menjawab peperiksaan dengan lancar tanpa ada gangguan. Bawalah pensil dalam 3-4 batang pun tak mengapa kan?

 

6) MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM TADIKA YANG LENGKAP

 

  • Sila pastikan anak-anak juga berpakaian seragam tadika yang bersih dan lengkap bagi menghadiri sesi peperiksaan ini.

 

 7) DATANG SEMULA PADA JAM 11 pagi

 

  • Akhir sekali, peperiksaan ini akan tamat pada jam 11pagi. Jadi ibu bapa haruslah bersiap sedia menunggu untuk mengambil anak pulang. Jangan lewat pula.. Kesian nanti anak termanggu-manggu mencari ibu bapa…

 

Aneka permainan Soopa Doopa

Khusyuk betul Izzah memancing

Kebetulan sekolah ini ada mengadakan program #jomgegar yang mana ada gerai-gerai jualan lain oleh tenaga pengajar dari sekolah ini dan juga dari pihak luar. Soopa Doopa dan permainan lain pun ada juga.. Hilang sikit rasa bosan kalau nak menunggu. Persembahan live band pun ada.

 

Izzah paling comel sekali nak join main Soopa Doopa..

Kredit untuk pihat sekolah yang mengadakan program ini bagi menarik minat ibu bapa dan anak-anak yang lain turut sama menjayakannya…

Sambil layan live band, Ayra lena je walaupun bising ya amat

 

Soalan saya apabila usainya Zuhrah menduduki peperiksaan…

 

Senang tak? Boleh jawab tak??

 

Dia, macam biasa la… Senang ibu..tapi…. huahuahua… suspend betul tau budak ni…

 

Apa-apapun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita ye..

 

 

Semoga entri ini bermanfaat & Good luck tao..

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

                                   ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *