6 KUMPULAN MAKANAN UNTUK PERTUMBUHAN OTAK KANAK-KANAK BANTU IBU BAPA BIJAK MEMILIH

Kanak-kanak yang berlainan usia memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental mereka. Nutrien berlainan mempunyai fungsi yang berbeza untuk menyokong pertumbuhan. Tiada satu pun makanan yang dengan sendirinya dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan anak-anak. Oleh itu, kita perlu sajikan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang sederhana, dengan menggabungkan dan mengimbangkan makanan daripada 6 kumpulan makanan yang berikut setiap hari.

 

  1. Bijirin dan produknya

 

  • Sumber tenaga, serat makanan, vitamin dan zat galian. Serat makanan membantu melawaskan perut dan menjamin kesihatan sIstem penghadaman.

 

 

  • Sumber: Beras, gandum, oat, barli dan produknya seperti mi, roti, bijirin sarapan dan biskut.

 

 

  • Petua: Pilih produk bijirin penuh (seperti roti mil penuh, beras perang) kerana kandungan serat, vitamin dan zat galiannya lebih tinggi daripada produk bijirin yang diproses (seperti roti putih, beras putih).

 

 2) Sayur-sayuran

  • Kaya dengan serat, fitokimia, vitamin dan zat galian.

 

  • Sumber: Sayuran berdaun hijau (seperti bayam), sayuran berakar (seperti lobak merah), sayuran berbentuk buah (seperti tomato), sayuran ”cruciferous” (seperti kubis), dan sayuran kekacang (seperti kacang panjang).

 

  • Petua: Sayur-sayuran yang ditumis dengan sedikit minyak bukan sahaja melazatkan makanan, tetapi juga mengurangkan kehilangan nutrien.

 

3) Buah-buahan

 

  • Kaya dengan vitamin dan fitokimia untuk mengekalkan kesihatan.

 

  • Sumber: Betik, jambu batu, pisang, tembikai, epal, oren, dan pear.

 

  • Petua: Buah-buahan yang berlainan warna mengandungi nutrien yang berbeza. Jadi, galakkan si manja supaya makan buah-buahan beraneka warna setiap hari.

 

4) Ikan, daging, ayam, telur dan kekacang

 

 

  • Kaya dengan protein, yang membantu membina dan juga membaiki otot dan tisu.

 

  • Sumber: Ikan, ayam, itik, daging lembu dan kambing, telur, pelbagai jenis kacang dan kekacang dan produknya sepert tauhu, taukua,fucuk.

 

  • Petua: Kombinasi protein haiwan (seperti ikan, daging, ayam, itik dan telur) dan tumbuhan (seperti kekacang, kacang pis) dapat membekalkan protein yang diperlukan oleh anak-anak.

 

5) Susu dan produk tenusu

 

  • Sumber penting protein dan kalsium. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

 

  • Sumber: Susu, keju dan yogurt.

 

  • Petua: Susu pekat manis tidak dianggap sebagai produk tenusu dan nilai pemakanannya juga rendah. Jika mahu menambahkan susu ke dalam bijirin sarapan atau minuman malt si manja, gunakan susu biasa atau susu ibu.

 

6) Minyak dan lemak

 

 

  • Minyak dan lemak tidak dianggap tergolong dalam kumpulan makanan utama, tetapi tetap memainkan peranan penting. Lemak dan minyak daripada makanan membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak perlu.

 

 

  • Asid lemak perlu adalah penting untuk tumbesaran yang sihat, terutama sekali untuk perkembangan otak kanak-kanak kecil dan juga untuk penglihatan mata mereka.

 

 

  • Lemak berlebihan atau tiada lemak langsung boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.

 

 

  • Oleh itu, gunakan lemak dan minyak dengan sewajarnya apabila memasak makanan untuk anak-anak dan keluarga

 

Sekarang kita sudah tahu apa yang patut diberikan kepada anak-anak tetapi cara dan jumlah yang perlu diberikan kepada mereka harus dititik beratkan juga. Untuk ini, boleh merujuk kepada bab tertentu berdasarkan kumpulan umur. Si manja yang sedang membesar memerlukan makanan penuh bertenaga dan kaya dengan nutrient yang juga mengandungi sejumlah serat yang mencukupi

 

 

Bayi anda melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan paling pesat dalam dua tahun pertama hayatnya. Sebagai contoh, berat bayi umumnya berganda apabila mencapai usia 4-5 bulan, dan naik empat kali ganda apabila mencecah 2 tahun. Oleh itu, kita hendaklah memastikan si manja mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya sepanjang tempoh ini bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum.

 

 

Susu ibu adalah makanan berbaik untuk bayi.

 

 

  • Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat penting untuk memastikan kesihatan bayi.

 

 

  • Susu ibu bukan sahaja mengandungi segala nutrien, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrien daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi.

 

 

  • Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.

 

 

Berapa banyak susu yang bayi anda perlukan?

Keperluan susu ibu untuk bayi

 

 

Bilangan penyusuan sehari Jumlah susu setiap kali penyusuan

0-1 bulan

8 60ml

1-2 bulan

4-7

90ml

2-4 bulan

6

120ml

4-6 bulan 6

150ml

 

 

Makanan Pelengkap

 

  • Apabila bayi bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah. Susu ibu sahaja tidak lagi dapat memenuhi keperluannya apabila si manja mencapai usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrien lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.

 

  • Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan.

 

  • Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih satu tahun. Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap hari berkurangan apabila bayi anda semakin membesar.

 

Tenaga

  • Untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus aktif sepanjang hari.
  • Sumber: Bijirin, seperti beras, gandum dan ubi (seperti kentang dan keledek).

 

Zat Besi

  • Komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.
  • Sumber: Hati, daging, bijirin bayi yang diperkaya.

 

Zink

  • Penting untuk tumbesaran dan fungsi system imun.
  • Sumber: Hati, daging, ayam, itik, ikan, kuning telur.

 

 

Vitamin A

  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan selaput lendir, penting untuk fungsi mata.
  • Sumber: Susu ibu, hati, kuning telur, buahbuahan dan sayuran warna oren (seperti mangga, lobak merah, labu), sayuran warna hijau tua (seperti bayam, kangkung, brokoli).

 

 

 

Saya salah seorang ibu yang sentiasa menyokong penyusuan susu ibu kepada si manja bagi tempoh 6 bulan pertama sehingga 2 tahun.. Alhamdulillah..terbaru, saya masih lagi on track menyusu anak keempat saya (Ayra) ketika ini yang telah menginjak usia 15bulan pada bulan ni asbab consume SET MENYUSU Shaklee. Syukur sangat… Pada para ibu atau bakal ibu, jangan risau dan stress bagi memastikan penghasilan susu ibu sentiasa konsisten dan mencukupi keperluan bayi anda.. Doa dan set kan dalam minda, anda boleh lakukan..

 

Set Menyusu Shaklee

Jangan pernah give up tao!!!

 

 

Boleh juga whatsapp saya untuk belian SET MENYUSU secara tunai (Cash On Delivery -COD)

Klik untuk hubungi saya melalui Whatsapp Direct

 

 

Ataupun pembelian secara online terus dengan pembayaran mengguakan kad Kredit atau Kad Debit. Penghantaran courier juga terus ke rumah anda..

 

 

klik untuk pembelian secara online menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit

 

Semoga bermanfaat & Good Luck!!

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *