CARA-CARA MENGATASI 10 KESAKITAN BIASA KETIKA HAMIL BANTU IBU HAMIL KEKAL CERGAS


Tempoh kehamilan seharusnya menjadi moment terindah yang sepatutnya dikenang sampai bila-bila.. Namun kita tidak lari dari mengalami sakit-sakit biasa ini ketika hamil.. 

Jangan panik ye.. Jom sama-sama menambah pengetahuan supaya rasa sakit-sakit biasa ketika hamil ini dapat di atasi dengan tenang…

Berikut adalah antara 10 masalah atau sakit ketika hamil adalah seperti di bawah. Juga disertakan sekali solusi untuk setiap permasaalahan… 

CARA-CARA MENGATASI 10 KESAKITAN BIASA KETIKA HAMIL BANTU IBU HAMIL KEKAL CERGAS

1) MABUK / LOYA


Mabuk atau loya ini lebih menjurus ke arahan alahan kepada sesuatu. Biasanya terjadi di waktu pagi iaitu dikenali sebagai ‘morning sickness’.. Kebanyakkan wanita hamil akan mengalami alahan ini ketika trimester pertama iaitu sehingga 12 minggu yang pertama. 


Dikatakan seramai 70% wanita hamil mengalami alahan ini.. Jangan risau, alahan ini tidak menjejaskan kandungan anda.. Yang penting, pastikan anda meminum air putih secukupnya bagi mengelak dehidrasi..

Saranan untuk mengatasi masalah ini ialah :

  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap (5-6 kali sehari) dengan membanyakkan protein 
  • Elakkan makanan pedas dan nerminyak atau makanan yang sukar dihadam
  • Asingkan makan pepejal daripada cecair
  • Makan biskut kira-kira 90 minit sebelum anda bangun dari katil

Tetapi sekiranya anda langsung tidak boleh makan atau minum, segeralah berjumpa doktor bagi memastikan anda tidak mengalami hyperemesis gravidarum – suatu keadaan serius yang boleh menyebabkan penyusutan berat badan, degupan jantung yang laju dan tekanan darah rendah. 

Masalah muntah-muntah yang kerap dan serius menghalang bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang diperlukan untuk perkembangan optimum.

2) SAKIT BELAKANG


Sakit ini biasa di alami ketika hamil. Lebih-lebih lagi apabila usia kandungan sudah semakin membesar. Ia berlaku apabila postur badan mengalami perubahan yang disebabkan oleh berat badan yang semakin bertambah, perubahan hormon yang mengendurkan ligamen dan penyimpanan air dalam tisu badan menyumbang kepada masalah sakit belakang ini. Lebih-lebih lagi diperingkat akhir kehamilan. Ia lebih dirasakan di waktu malam..

Jadi elakkan:

  • mengangkat barangan berat 
  • melakukan kerja rumah yang berat, 
  • memakai kasut bertumit tinggi dan 
  • berdiri terlalu lama 

Sebaliknya :

  • Lakukan senaman terutaman di bahagian belakang
  • Pastikan anda jaga postur badan
  • Tali pinggang materniti juga boleh membantu

3) GARISAN LINEA NIGRA (Garisan hitam)




Garisan ini merupakan satu garisan lurus yang terbentuk secara menegak di perut anda. Ia bermula dari pusat hingga ke ari-ari. Garisan ini biasanya mulai ketara pada bulan kelima kehamilan dan akan menjadi semakin gelap dalam bulan-bulan berikutnya.

Jangan risau ye.. Walaupun anda tidak berbuat apa-apa untuk menghilangkan garisan hitam ini ketika hamil, namun ianya akan hilang sendiri selepas anda melahirkan anak..

4) SPOTTING 




Kira-kira 20% wanit hamil akan mengalaminya. Spotting ataupun tompok darah kecil ini biasanya berlaku pada 12 minggu pertama dan kerana itu, ada yang tidak sedar dirinya hamil dalam tempoh tersebut. 

Walaupun spotting ini tidak membahayakan kandungan, anda hendaklah memberitahu keadaan anda kepada doktor .. 

Anda juga boleh mengurangkan risiko kejadian dengan :

  • Banyakkan berehat
  • Tidak berdiri terlalu lama
  • Menghadkan aktiviti fizikal 
  • Tinggikan kedudukan kaki apabila baring
  • Elakkan mengangkat barang berat levpbih daripada 4.5kg

5) CIRIT-BIRIT




Cirit birit berlaku apabila anda membuang air besar yang cair melebihi 3 kali sehari. Keadaan ini menjadikan badan anda mengalami dehidrasi. 

Bagi mengelak masalah ini anda digalakkan:

  • Meminum air secukupnya.
  • Elakkan membeli makanan di gerai 
  • Elakkan membeli buah yang telah dikopek 

Ini bagi mengelakkan diri anda daripada terkena jangkitan bakteria atau virus

6) RASA PANAS




Perubahan hormon badan boleh membuatkan anda berasa sedikit panas berbanding biasa. Anda juga mungkin lebih banyak berpeluh..

Atasi perkara ini dengan :

  • Memakai pakaian yang longgar
  • Memakai pakaian daripada serat semulajadi (linen atau kapas)
  • Berada dalam bilik yang sejuk
  • Kerap mandi untuk menyegarkan menyegarkan badan

7) KEPUTIHAN




Keputihan ataupun yis ini kerap terjadi kepada wanita hamil. Jika anda mengalami lelehan vagina yang berketul-ketul, rasa gatal atau pedihpada kemaluan, itu adalah petanda anda terkena jangkitan yis..

Anda digalakkan:

  • Memakai pakaian longgar 
  • Memakai pakaian dalam daripada kain kapas untuk memberi pengudaraan
  • Pastikan kemaluan dikeringkan selepas setiap kali mandi
  • Segera tukar pakaian jika berpeluh

Jika lelehan berwarna kekuningan atau kehijauan atau mempunyai bau yang kurang menyenangkan, jangan kupa untuk memberitahu masalah ini kepada doktor anda

8) KEJANG KAKI (CRAMP)




Ni paling seram kalau kena.. Pernah dulu masa anak pertama kena kejang kaki atau simpul biawak ni masa tidur malam.. Sampai menangis-nangis tahan sakit.. 

Rasa sakit ni biasanya pada bahagian kaki atau betis dan selalunya berlaku pada waktu malam. 

Cara mengurangkan kesakitan kejang kaki :

  • Menarik jari-jari ke atas atau mengurut bahagian yang kejang 
  • Lakukan senaman berkala, terutamanya melibatkan pergerakan bahagian buku lali dan kaki
  • Banyakkan minum air
  • Lakukan regangan, khususnya sebelum tidur
  • Bersenam secara kerap
  • Tingkatkan pengambilan kalsium harian
  • Banyakkan pottasium dalam makanan seperti pisang

9) VENA VARICOSE 




Merupakan keadaan di mana penonjolan urat yang berselirat seakan sarang labah-labaj pada kaki ini disebabkan oleh tekanan daripada fizikal mengandung dan pengembangan salur darah.

Cuba elakkan :

  • Memakai pakaian ketat 
  • Bercangkung
  • Duduk (terutama bersilang kaki)
  • Berdiri terlalu lama 

Cuba praktikkan :

  • Apabila berehat, pastikan kaki diangkat lebih tinggi daripada jantung
  • Dapatkan tali pinggang materniti atau sarung kaki sokongan

10) BENGKAK KAKI




Cuaca panas, banyak berdiri, boleh menyebabkan kaki anda membengkak terutama pada peringkat akhir kehamilan

Atasi masalah ini dengan :


  • Mengawal pengambilan cecair
  • Elakkan makanan masin
  • Angkat kaki melebihi paras dada ketika berehat
  • Bersenam
  • Gunakan sarung kaki sokongan dan tali pinggang materniti
  • Elakkan bercangkung, duduk atau berdiri terlalu lama

Umum mengetahui ibu hamil memang memerlukan khasiat yang secukupnya bagi menampung keperluan nutrisi si ibu dan bakal bayi yang dilahirkan.. 

Anda juga boleh mengamalkan SET HAMIL SHAKLEE bagi menampung keperluan tersebut.. 

SET HAMIL SHAKLEE

Berita baikk!!
Kini anda pun boleh terus membeli SET HAMIL SHAKLEE ini menerusi online dengan menggunakan Kad Kredit atau Debit. Penghantaran melalui pos juga dilakukan dari pihak Shaklee HQ terus ke rumah anda.. Hanya klik gambar di bawah ini :

Klik 👆👆 untuk membeli Set Hamil secara online terus

Semoga bermanfaat & Good Luck!! 😍😍

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

                      Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520                                 Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *