9 TIPS KURUS SECARA SIHAT ELAK GEMUK MELAMPAU


” Setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes”..

~Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam~

Ramai orang mengeluh, dah buat macam-macam, tapi berat badan ni tak nak turun-turun juga.. Dimanakah silapnya? Untuk berdiet, kita kena betul-betul faham. Barulah diet itu tak menjadi sia-sia…

Statistik menunjukkan hampir 95% wanita yang ingin menurunkan berat badan namun tetap mempunyai berat badan yang sama. Ini bermaksud, diet mereka telah gagal..

Jadi apa yang 5% lagi buat sehingga berjaya turunkan berat badan?? Jom tengok ni

Ramai nak saya sharekan TIPS KURUS SECARA SIHAT kan? Nak ni saya share serba sedikit ilmu dan pengalaman mengekalkan berat badan ideal sehingga kini…

9 TIPS KURUS SECARA SIHAT ELAK GEMUK MELAMPAU

1) Makan sebelum lapar

  • Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan kita cenderung mengambil jumlah makanan yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini, makanlah sebelum perut benar-benar lapar. 
  • Kebanyakkan wanita cenderung makan banyak sebaik pulang dari tempat kerja. Nafsu makan juga bergejolak ketika menyiapkan hidangan makan malam bersama keluarga.. 
  • Yang lelaki pun sama.. Buka pintu rumah, dah tak menahan apabila terhidu aroma enak dari dapur…Makanya… Mau dibaham seperiuk nasi time tu juga 😂😂.. 
  • Awas ye… Jangan macam tu.. Apakata cuba ambil yogurt rendah lemak dan gula ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.. Ataupun boleh juga amalkan buah-buahan & roti serat dahulu demi mengurangkan rasa lapar di malam hari.

2) Minum banyak air putih

  • Kita disarankan meminum air putih 4-8 gelas sehari.. 3liter air putih sehari adalah sangat digalakkan. Elakkan minuman manis, berais dan berkarbonat.

3) Jangan skip sarapan pagi

  • Sarapan pagi sangat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari.. Tapi ia bukanlah alasan untuk mengambil makanan yang berkalori tinggi tanpa membakarnya semula..

4) Tahu keperluan kalori diri sendiri

  • Sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja yang memerlukan kerahan tenaga yang banyak, maka anda sememangnya memerlukan makanan yang berkalori tinggi dalam  setiap hidangan . Setimpal dengan peluh dan tenaga yang dikeluarkan oleh tubuh.. Setiap orang berbeza keperluan kalorinya.

5) Lebihkan serat dalam hidangan

  • Amalan sukatan suku suku separuh adalah sangat digalakkan di mana suku bahagian adalah karbohidrat, suku bahagian lagi adalah protein manakala separuh bahagian lagi adalah serat iaitu sayur-sayuran..

6) Ambil karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga untuk bersenam

  • Bekalan sumber karbohidrat bukan hanya pada nasi. Variasikan pengambilan sumber karbohidrat lain di dalam hidangan seperti sukun, kentang, keledek, oat, pasta, jagung, ubi kayu dan ubi keladi

Sumber karbohidrat lain selain nasi

7) Mendapat tidur yang cukup

  • Tidur yang berkualiti sangat-sangat membantu dalam penurunan berat badan. Sekurang-kurangnya 6 jam sehari.. Tidur yang cukup membolehkan badan mendapat rehat yang secukupnya..

8) Dapatkan cukup kalsium dan vitamin D 

  • Pengambilan kalsium dan vitamin D sebelum tidur dapat membantu proses detoks pada esok pagi.. Pembuangan lancar dan perut juga berasa lebih selesa.. 

9) Lakukan senaman 

  • Amalkan senaman ringkas sekurang-kurang 30 minit hingga 1 jam sehari bagi menggalakkan pembakaran kalori secara sihat dan effisyen.. 

Dah buat semua ni tapi berat tak turun-turun juga??
Iya ke ni???

Saya share sikit 5 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak TURUN antaranya ialah :

1) Mengambil terlalu banyak makanan terproses

  • Kekangan masa sebagai alasan untuk gagal menyediakan masakan sendiri di rumah.. 

2) Tak cukup tidur

  • Stress sehinga mengganggu waktu tidur ataupun kerap menonton tv sehingga lewat malam..

3) Terlalu ekstrim dengan senaman

  • Ingatkan bila dah senam, cepat la dapat kurus.. Tapi lupa..bila dah elok bersenam di waktu pagi, pekena pulak roti canai mamak siap teh tarik lagi… Parah la gini…

4) Beranggapan telah mengambil ‘diet sihat’

  • Ramai buat silap kat sini… Makan bukan dengan portion yang betul.. Iya memang cepat kurus.. Tapi memang susah nak maintain gaya diet sebegitu yang mana akhirnya bila dah bosan, maka kita mula amalkan semula makanan yang selama ni kita pantang… Ha..mendapat la berat badan pun mencanak naik 2 kali ganda…

5) Terlalu fokus pada kerja

  • Kerja sehingga lupa untuk makan.. Bila sekali makan.. Nah… Berpinggan-pinggan nasi tambah… 

Alhamdulillah.. Semoga sharing ni mendapat manfaat untuk semua… Jangan give up untuk kurus.. Yang penting kita dah amalkan gaya hidup sihat.. Kurus itu bonus…
Insya Allah..bila kita konsisten amalkan tips-tips di atas, kita sendiri yang akan menolak makanan-makanan yang tidak sihat dengan rela hati… Sebab apa? Sebab dah terbiasa… Kan bagus perubahan macam tu???

Jangan mudah mengalah !!! Anda juga boleh!!

Ingat ye… Jangan diet terlalu ketat.. Salah satu punca kegagalan diet gagal ialah amalan diet yang terlalu ketat.. Diet yang anda lakukan sekarang mungkin menghalang anda dari makan segala makanan kegemaran anda.. Tapi harus diingat… Ada option atau pilihan lain bagi menggantikan sesuatu yang anda suka itu..

Jangan putus asa… Jom kita buat sama-sama… Sepotong kecil coklat atau sehiris kek tidak akan menghancurkan diet anda.. Sesekali, nikmatilah makanan kegemaran anda tapi perlu diingat, pastikan ianya dalam saiz yang sewajarnya…

Semoga bermanfaat 😍😍

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Ecoworld, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Kg Kong Kong, Bandar Layangkasa, Meridin East, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Taman Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

                      Call/ Whatsapp : http://www.wasap.my/+60127059520                                 Email : azlina.mubin0708@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *