PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK YANG MEMILIKI ‘TANDA MERAH’ PADA TUBUH

” KENAPA ANAK KAMU NI??? INILAH AKIBAT MASA BERSAMA SUAMI DULU TAK KIRA MASA.. MATAHARI TERPACAK ATAS KEPALA PUN SIBUK NAK BERSAMA SUAMI.. “




” KAU KENA SOLAT TAUBAT. MINTA AMPUN BANYAK-BANYAK. MUNGKIN INI BALASAN TUHAN ATAS PERBUATAN KAU DAN SUAMI SEBELUM KAU MENGANDUNGKAN DIA”


” HAH..NI LAH DIA JADINYA SEBAB KAU TAK SOLAT SUNAT GERHANA BULAN MASA KAU MENGANDUNG DULU…”


Ini realiti. Kisah saya dan anak ke dua saya, Zuhrah…

Bukan setakat kata-kata di atas saya terima malah bermacam-macam lagi perkataan, semburan dan tuduhan serta konklusi sendiri yang dilemparkan kepada kami, dan saya khususnya…Astaghfirulllah…

Bayangkan situasi ini yang saya hadapi ketika berpantangkan dia… Dah la saya berpantang sendiri.. Ada anak sulong lagi yang berusia 4 tahun yang perlu dijaga.. Kalau hati tak kental, memang boleh meroyan… Tertekan dengan situasi sekeliling…

Zuhrah pada hari dia dilahirkan (8/4/2011)

Zuhrah dilahirkan dengan sempurna sifatnya.. Alhamdulillah.. Tiada cacat cela… Namun setelah hampir 2 minggu dia dilahirkan, tiba-tiba ada satu tompokan merah muncul dibahagian kanan kepalanya…

Tompokan merah dibahgian kanan kepala Zuhrah

Ia kelihatan lebih jelas apabila Zuhrah dicukur rambutnya..

Masa berlalu, waktu berpantang sudah semakin ke penghujungnya.. Tetapi, sekali lagi kami diuji, apabila Zuhrah disahkan menghidap situasi Seborrhea dan dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru…


Semasa di sini lah, saya mendapat pendedahan terhadap masalah ‘tompokan merah’ di kepala Zuhrah.. Saya bertanyakan kepada Doktor Pakar Kanak-kanak (Pediatricians)  dan disahkan juga oleh Pakar Kulit (Dermatologist)..


” Doktor, apa tanda merah ni ye? Masa lahir takde.. Tapi lepas 2 minggu, tiba-tiba ia muncul.. Bahaya ke ni doktor? Apa punca ianya terjadi?”

Bertalu-talu pula soalan saya pada beliau… Sambil membelek ‘tompokan merah’ itu, dia menerangkan serba sedikit mengenainya…

“Oo… Ini adalah salah satu ‘birth mark’ (tanda lahir).. Kami panggil ia Strawberry Hemangioma (👈boleh klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi ini) .. Puan boleh lihat permukaan tompokan ini menggerutu seperti buah strawberry.. Ia memang biasa terjadi pada beberapa minggu kelahiran dan bayi perempuan lebih berpotensi besar untuk mengalami situasi ini…”

“Puan jangan risau, ianya akan hilang sekitar 1-3 tahun.. Paling lama ada juga kes yang sehingga 10tahun… Ianya tak merbahaya selagi puan pantau size tumbesaran dan sebarang kelainan atau perubahan yang ketara, puan boleh datang semula ke hospital”.

Lega sedikit hati saya mendengar penjelasan doktor…

Tapi, situasinya tidak berakhir di sini…

Walaupun sudah habis waktu berpantang, ini adalah waktu kemuncak dugaan kami..

Ya, bila keluar dan berhadapan dengan orang lain… Bayangkan doktor kata paling awal tanda Strawberry Hemangioma ini akan hilang sehingga usia Zuhrah 3 tahun, maka selama itu jugalah kami perlu hadap soalan-soalan yang sama dari orang lain.. Kalau setakat soalan je takpe la.. Kalau betul nak tahu..

 

Ini tidak, soalan yang berbentuk sinis dan kemudiannya disusuli dengan conclusion yang meraban.. Mengalahkan doktor pula… Dituduhnya kami yang bukan-bukan… 


Sehinggakan kami terpaksa mengenakan head band yang besar bagi menutupi tanda merah itu…

Zuhrah ketika berusia  sebulan nak checkup di KkiA

Tak habis di situ.. Paling seram bila tiba hari raya… Bila Zuhrah dah mula rimas dipakaikan headband dan sudah pandai menarik headbandnya dari kepala.. Maka tanda itu semakin jelas dan mudah dilihat.

Zuhrah ketika Aidilfitri 2011

Walaupun pada saya Zuhrah kelihatan comel ketika ini, tapi disebabkan tompokan merah itu, kami terpaksa hadap lagi soalan-soalan dari orang lain..

Perkara ini berakhir sehingga usia Zuhrah 2 tahun, iaitu apabila rambut sudah memenuhi kepalanya… Alhamdulillah.. Tompokan merah itu, mengecut, mengecil dan akhirnya hilang sebelum usianya 3 tahun…

Zuhrah ketika berusia 2 tahun

Alhamdulillah juga, kini usia Zuhrah sudah menginjak ke enam tahun… Saya cuba kongsikan pengalaman saya, melalui entri ini.. Apabila berdepan dengan situasi ini, kita sebagai ibu bapa perlu tenang-setenangnya.. Ya..memang pedih nak berhadapan dengan mulut-mulut orang ni.. 

Zuhrah pada hari pertama persekolahannya ke tadika (5tahun)

Tapi, siapalah kita.. Kalau mulut tempayan, boleh juga kita tutup kan? Kalau mulut manusia ni, kita berdoalah banyak-banyak pada Allah swt agar dipermudahkan urusan kita membesarkan anak-anak kita..

Paling penting, ILMU.. Bercakap tanpa ilmu sama je seperti tin kosong yang mengeluarkan bunyi yang kuat, tetapi kosong.. Tiada isi.. Kita dapatkan pengesahan doktor..dan seterusnya pantau serta cuba berikan yang terbaik untuk anak kita..

Syukur juga saya dapat beri susu badan sehingga Zuhrah berumur 1 tahun 8 bulan sebelum saya di sahkan hamil anak ketiga, 2 bulan selepas itu… Syukur sangat apabila saya juga berjaya  menyusukan anak ketiga sehingga 2tahun 5 bulan walaupun saya bekerja…

Kini giliran anak ke empat pula menikmati khasiat susu ibunya.. Ayra kini sudah berumur 13bulan… Semoga kita terus istiqomah dalam mengharungi cabaran membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang…

Gambar terbaru kami pada harijadi Ayra yang pertama (19/8/2017)

Doakan kehidupan kami sentiasa dilindungi & diberkati oleh Allah swt. Amin.. Ya Rabbal a’lamin

Semoga bermanfaat 😍😍

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

                                            Email : azlina.mubin0708@gmail.com

One thought on “PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK YANG MEMILIKI ‘TANDA MERAH’ PADA TUBUH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *