STRAWBERRY HEMANGIOMA : SIMPTOM, PUNCA DAN BAHAYAKAH TOMPOK MERAH DI ANGGOTA TUBUH SI KECIL

“Apa pula tompok merah ni? Tiba-tiba je ada.. Masa lahir takde pun…” , bisik hati kecil si ibu…

Pernah nampak tak ada sesetengah bayi mempunyai tompok merah seperti ini? Tanda lahir ke?? Takkan tanda lahir.. Masa lahir elok je..

APAKAH STRAWBERRY HEMANGIOMA ATAUPUN TOMPOK MERAH INI?


Strawberry Hemangioma ini dikenali sebagai Strawberry Mark (tanda strawberry), nerus vascularis, Hemangioma capilari, Hemangioma simplex. Ia merupakan kelainan pada vaskular yang terjadi pada permukaan kulit. 

Strawberry Hemangioma ini juga dikenali sebagai satu bentuk’birth mark’ (tanda lahir). 

PUNCA TERJADINYA STRAWBERRY HEMANGIOMA ini ialah apabila saluran darah kecil ini tersumbat dan ia rapat sesama sendiri. Ia akan terjadi pada permukaan kulit yang rata pada bahagian tubuh.

Salah satu contoh permukaan kulit bayi yang mengalami Strawberry Hemangioma (sumber google)

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM BERLAKUNYA STRAWBERRY HEMANGIOMA??

  • berwarna merah pekat atau merah jambu
  • timbul setelah beberapa hari atau seminggu dilahirkan 
  • saiz adalah tak sama bagi setiap kanak-kanak
  • kulit menggerutu dan menggelembung seperti kulit buah strawberry hanya pada tompokan merah itu sahaja
  • kebanyakkan terjadi di mana-mana anggota badan terutama pada kulit kepala, belakang badan, dada, kaki atau tangan..
  • bayi perempuan lebih kerap mengalami gejala Strawberry Hemangioma ini berbanding bayi lelaki

    BAHAYAKAH STRAWBERRY HEMANGIOMA INI PADA TUMBESARAN KANAK-KANAK?


    Jangan risau ye.. Sebenarnya tanda Strawberry Hemangioma ini bersifat sementara sahaja.. Mengikut kajian sebanyak 10% akan hilang ketika berusia 13 bulan. Manakala 90% lagi akan hilang paling lama sehingga kanak-kanak itu berusia 10 tahun..

    Strawberry Hemangioma ini juga tidak merbahaya dan mengganggu tumbesaran bayi ataupun fungsi tubuh badan anak anda. Tetapi jika saiznya membesar dengan cepat, anda hendaklah berjumpa doktor atau pakar yang mana boleh mengesahkan atau memastikan samada tanda ini perlukan pembedahan untuk dibuang.

    Namun dalam kebanyakan kes, ianya memang akan mengecut, warnanya pudar dan seterusnya hilang dengan sendiri. Begitu juga yang pernah anak kedua saya, Zuhrah  alami.. 

    Zuhrah ketika didapati mempunyai tanda Strawberry Hemangioma


    Boleh ikuti kisah Zuhrah mengalami STRAWBERRY HEMANGIOMA ini DI SINI & bagaimana kami menghadapi situasi dan umpat keji orang sekeliling?? 

    Jangan berasa pelik, jika bayi anda dilahirkan dalam keadaan normal dan sempurna namun beberapa minggu selepas itu, tanda merah ini mula kelihatan.. Selepas beberapa tahun, Insya Allah.. Tanda Strawberry Hemangioma ini akan hilang dengan sendirinya..

    Semoga bermanfaat dan semoga ianya membantu 😍😍

    Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

    Facebook : Azlina Mubin

    Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

    ig : azlina_mubin

    Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

                                                Email : azlina.mubin0708@gmail.com

    One thought on “STRAWBERRY HEMANGIOMA : SIMPTOM, PUNCA DAN BAHAYAKAH TOMPOK MERAH DI ANGGOTA TUBUH SI KECIL

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *