RESEPI SOTO AYAM JOHOR SUPER SPECIAL YANG SEDAP

Siapa yang tak suka makan Soto Ayam ni kan?? Boleh juga dihidang samada dengan nasi himpit, bihun mahupun mee kuning.. Yang penting, sedap..kan? Kan?  😊😊

Sempena musim perayaan tak lama lagi ni, kaklina nak share la RESEPI SOTO AYAM JOHOR SUPER SPECIAL YANG SEDAP..


Jom kita cekidaut BAHAN-BAHAN MEMASAK KUAH SOTO AYAM : 

Bahan-bahan memasak kuah Soto Ayam


  1. Ayam – seekor dibelah empat (rebus bersama halia ketuk dan toskan)
  2. Bawang merah – sebiji *
  3. Bawang putih – 8 biji (1labu) *
  4. Halia – 2 inchi *
  5. Jintan halus – 2 sudu besar (sangai dan kisar kering)
  6. Ketumbar – 2 sudu besar (sangai dan kisar kering)
  7. Serai – sebatang (diketuk)
  8. Daun pandan – 3 helai (disimpul)
  9. Rempah soto – 2 paket kecil @ separuh paket besar
  10. Santan kotak – 2 senduk
  11. Asam keping – 2 keping
  12. Gula melaka – separuh
  13. Garam
  14. Sup bunjut – sebungkus
  15. 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih)

Rempah soto special dan bahan lain

CARA-CARA MEMASAK KUAH SOTO AYAM SUPER SPECIAL YANG SEDAP 


  1. Panaskan minyak (1 senduk).. Tumis 3 sekawan sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan-bahan bertanda * yang telah dikisar dan ketumbar serta jintan halus
  3. Masukkan serai yang telah diketuk
  4. Dalam mangkuk kecil, campurkan rempah soto bersama sedikit air.
  5. Apabila bahan tumis dah sedikit pekat, masukkan rempah soto tadi.. Kacau sekata sehingga pekat..
  6. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yang berisi air rebusan ayam tadi.. (Kaklina gunakan kaedah tumis darat).
  7. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul dan juga sup bonjot.
  8. Perlahankan api, masukkan 2 senduk santan kotak, gula melaka, asam keping dan perasakan dengan garam..
  9. Dah siap..bolehlah taburkan bahan-bahan seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk di tabur ke atas kuah Soto Ayam

Bahan-bahan untuk di tabur ke atas kuah Soto Ayam

  1. Bawang besar – 2 biji (dihiris dan digoreng sehingga garing)
  2. Bawang putih – 5 biji (dihiris dan digoreng sehingga garing)
  3. Bawang goreng – 3 sudu besar
  4. Daun sup dan daun bawang – dihiris halus

Kuah soto ayam yang telah siap dimasak

***tulang, kaki, leher dan kulit ayam jangan dibuang.. Masukkan je dalam kuah Soto Ayam ni.. Lagi sedap makan gigit-gigit tulang..hihi..kaklina la tu

BAHAN-BAHAN LAIN YANG DIMAKAN BERSAMA SOTO AYAM:

  1. Su’un goreng (panaskan minyak dan goreng terus su’un), angkat dan toskan apabila sudah kembang

Su’un dimasukkan ke dalam minyak panas untuk digoreng

Su’un yang telah siap digoreng & ditos

  1. Bergedil ayam
  2. Kacang tanah (digoreng)
  3. Sambal kicap
  4. Ayam (rebus, tos & goreng sekejap). Kemudian disiat-siat.
  5. Taugeh
  6. Bawang goreng
  7. Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  8. Nasi himpit/bihun/mee kuning

Soto ayam siap dihidang

Sedia untuk dimakan..nyum3… Serius…memang terangkat..

Dah siap!! Soto Ayam Johor Super Special bersama bergedil dan sambal kicap ohsem

Tak sabar nak makan dah ni..nyum3..

Selamat mencuba & semoga bermanfaat…

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

3 thoughts on “RESEPI SOTO AYAM JOHOR SUPER SPECIAL YANG SEDAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *