RESEPI BERGEDIL AYAM ATAU DAGING YANG SUPER SENANG DAN SEDAP

Satu lagi makanan yang dimakan bersama Soto Ayam selain Sambal Kicap ialah semestinya BERGEDIL.. Tak kisah bergedil ayam ke daging. Dua-dua kaklina suka..

Tapi harini kaklina nak share RESEPI BERGEDIL AYAM YANG SENANG SANGAT nak buat.. Yang penting, SEDAP uolls…


Bahan-bahannya
ialah :

Bahan-bahan untuk memasak bergedil ayam

  1. Kentang – 500gram (dikupas kulit, direbus dan digoreng)*
  2. Ayam – 3 ketul (bahagian dada) (direbus dan dicincang halus)*
  3. Cili merah – 1 batang (dihiris halus)*
  4. Bawang merah – sebiji (dicincang halus)*
  5. Daun sup (dicincang halus) *
  6. Bawang goreng – 2 sudu besar *
  7. Lada sulah – 1 sudu kecil *
  8. Garam – secukup rasa *
  9. Telur sebiji

*** boleh juga gantikan ayam kepada daging kisar.. Sama juga, rebus ianya terlebih dahulu kemudian cincang halus..


CARA-CARA MENYEDIAKAN BERGEDIL AYAM 

Cara-cara menyediakan bergedil ayam


  • Lenyekkan kentang yang telah direbus dan digoreng terlebih dahulu tadi
  • Masukkan bahan-bahan yang bertanda * yang lain ke dalam mangkuk tersebut
  • Gaul sebati

Cara menyediakan bergedil

  • Kepal, bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit seperti di dalam gambar di atas… Comei kan???😊

** sejukkan bergedil di dalam peti sejuk (bawah) sebelum digoreng. Anggaran 20-30minit..

  • Kemudian ambil mangkuk atau bekas lain, pecahkan telur. Pukul telur light-light sahaja..
  • Sementara tu, bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng bergedil ni…
  • Bila minyak dah panas, bolehlah golekkan bergedil ni ke dalam telur yang telah dipukul tadi..
  • Masak sehingga perang keemasan…sedap betul bau di ni..

Tarraaa…dah siap…

Bergedil ayam untuk dimakan bersama Soto Ayam

Semoga bermanfaat & Good luck tau😍😍

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Sierra Perdana, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Email : azlina.mubin0708@gmail.com

One thought on “RESEPI BERGEDIL AYAM ATAU DAGING YANG SUPER SENANG DAN SEDAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *