RESEPI SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE PEDAS, SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera… Salam berhujung minggu semua… 

Ke mana kita hari ni?? Ahaha…kalau tak ke mana-mana, jom la kaklina nak ajak main masak-masak sikit… Ala-ala omputih Jawa gitu…hihik… Bosan la asyik makan nasi je… Sekali sekali cuti-cuti hujung minggu ni, meh la buat SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE PEDAS, SEDAP DAN MUDAH SANGAT DISEDIAKAN.


Jom kita tengok BAHAN-BAHAN yang diperlukan untuk memasak SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE PEDAS, SEDAP DAN MUDAH ni.


Bahan-bahan nak memasak SPAGHETTI Meatball Bolognese


  • Daging kisar (direbus & jangan buang air rebusan)
  • Meatball (direbus sekejap)
  • Spaghetti 500gram
  • Sos spaghetti tomato dengan cendawan
  • Cendawan butang (tos & buang airnya)
  • Bawang holland – dihiris dadu
  • Bawang putih – dihiris dadu kecil
  • Lada benggala – dihiris dadu
  • Tomato – dipotong dadu
  • Cili merah – dicincang halus
  • Cili padi – dicincang halus (mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Minyak jagung / butter – untuk menumis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk daun Rosemary & Thyme

Serbuk daun Rosemary dan Thyme untuk memasak Spaghetti Meatball Bolognese

CARA-CARA MEMASAK SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE PEDAS, SEDAP DAN MUDAH SANGAT DISEDIAKAN


  1. Rebus spaghetti bersama dua sudu minyak dan satu sudu garam. Setelah lembut (masa merebus mengikut label jenis spaghetti yang digunakan), toskan.
  2.  Panaskan minyak atau butter untuk menumis
  3. Masukkan bawang putih sehingga warna keperangan dan naik bau
  4. Masukkan sos spaghetti tomato dan air rebusan daging cincang
  5. Masukkan daging cincang
  6. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  7. Masukkan cili padi, bawang holland, cili merah & meatball
  8. Biarkan seketika
  9. Masukkan pula serbuk daun kering Rosemary & Thyme untuk aroma yang lebih menarik (saya suka betul letak ni)
  10. Kemudian, masukkan tomato yang telah dipotong dadu bersama cendawan butang dan lada benggala..
  11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula..
  12. Biarkan pekat dan tutup api…
  13. Sediakan bersama spaghetti yang direbus tadi

Tarrra…… Dah siap 😍😍😍 . Masakan ni sesuai untuk 8 orang makan… Tapi kaklina 5 beranak makan je macam tak cukup-cukup. Masing-masing bertambah-tambah.. Nasib la Ayra belum boleh makan lagi…kalau tak, lagi la tak cukup 😂😂

Spaghetti Meatball Bolognese yang pedas dan sedap

Memang sedap sebab kaklina suka makan pedas dan suka gigit-gigit cili… Uollss boleh kurangkan lada ye kalau tak suka pedas. Kalau suka lebih masam ala-ala Italiano, boleh tambahkan lagi hirisan tomato… 

Ok lah…kaklina nak ngap dulu… Tak tahan dah tengok Meatball Spaghetti Bolognese yang dah memanggil-manggil ni…

Korang, Semoga bermanfaat & Good Luck ye 😍😍

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.


Facebook : Azlina Mubin


Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520


ig : azlina_mubin


Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *