RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP DAN SENANG SANGAT

Bosan asyik makan ayam je?? Dah tak tahu nak masak apa? Hah.. Hujan-hujan ni jom la try masak udang.. Kali ni kita cuba pakai udang galah…

Fuh… Jom kita tengok RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP DAN SENANG SANGAT ni… Mau terangkat dengan kemanisan baby udang galah fresh ni..

Bahan-bahan untuk memasak udang galah masak lemak cili api

Bahan-bahan:

  • Baby udang galah – setengah kilo (dibasuh & dibersihkan)
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan *
  • Kunyit hidup – 3inchi *
  • Bawang putih – 1 biji *
  • Serai – sebatang (diketuk) (tertinggal nak ambil gambar)
  • Daun kunyit – sehelai
  • Tomato – sebiji 
  • Santan – sekotak kecil
  • Garam
  • Gula
  • Air – 1 cawan

Cara-cara memasak Udang Galah Masak Lemak Cili Api



1. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda *

2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk @ kuali yang telah diletakkan dengan secawan air dan serai.

3. Masak sehingga air menggelegak.

4. Perlahankan api, masukkan pula santan.. Biarkan seketika sambil dikacau perlahan-lahan sehingga kuahnya pekat.

5. Masukkan udang. Masak sehingga udang bertukar warna kemerahan. Lebih kurang 3-5minit sahaja. 

6. Akhir sekali, masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan gula… Tutup api… 

Tarra….

Sedap makan bersama ikan masin.. Nyum2


** Tomato, boleh diganti dengan asam keping, nenas atau belimbing buluh.. Mengikut citarasa masing-masing 😍😍

Semoga Bermanfaat & Good luck!!.

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.


Facebook : Azlina Mubin


Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520


ig : azlina_mubin


Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

2 thoughts on “RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API YANG SEDAP DAN SENANG SANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *