AYRA TURN 6 MONTHS OLD!! MAKANAN PERTAMA UNTUK BABY AYRA


19022017

Harini genap usia baby Ayra 6 bulan.. Happy 6 months old birthday my mucuk 😆😆😆

So harini, ibu bagi Ayra makanan pertamanya.. Ibu yang eksaited walaupun Ayra merupakan anak ke empat ibu.. Kan??

Macam biasa, tiada masalah sangat untuk sediakan makanan pertama baby Ayra.. Sama macam anak-anak lain sebelum ni.. Pengalaman bak kata orang. Cuma kali ni, ibu abadikan dalam entri blog ibu.

Pagi tadi Ayra bangun lambat.. Pukul 9.30.. Ibu dah siapkan breakfast Ayra sesiap sementara nak tunggu Ayra bangun.. 

Jadi, sarapan pagi Ayra bermula dengan Puri Pisang… Ibu guna 3 biji pisang monyet je.. Alhamdulillah… Habis.. Permulaan suapam pertama, Ayra sedikit berkerut dahi.. Tak biasa lagi… Tapi semakin lama, semakin dia suka.. 

Banana puree untuk Ayra

Lepas makan, ibu mandikan Ayra.. Lepas tu dia main-main sekejap… Lepas hantar Angah ke sekolah jam 11.30, dia menyusu dan terus tidur sampai la pukul 3.30 petang.. Lama dia tidur.. Kekenyangan barangkali…
Bangun tidur, Ayra menyusu kemudian main-main lagi.. Sementara ibu siapkan makan petang dia…
Jam 5 ibu mula suapkan Ayra bubur campuran beras perang + lobak merah + pisang… Kali ni, dia nampak pelik.. Lepas tu dah ok semula… Alhamdulillah… Tinggal sikit je lagi.. Dia dah sedawa walaupun tak sempat habiskan bubur… Nampak dia eksaited dengan makanannya…

Bubur campuran beras perang + pisang + lobak merah.. Nyum2

Esok kita ulang lagi ye Ayra sayang menu ni.. Nak biasakan dulu.. Kang lain-lain bertambah pelik Ayra nanti…
Semoga Ayra terus membesar dengan sihat ye sayang… 
Boleh lihat Menu makanan lain untuk baby 6 bulan ke atas 😍
Luv,

Ibu Lina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *