PUNCA DAN BAGAIMANA NUTRISI KETIKA BERPANTANG BANTU ATASI GILA MEROYAN

Alhamdulillah… Kaklina merasa berpantang sendiri sejak dari anak pertama lagi. Alhamdulillah juga, dijauhkan dari Gila Meroyan..

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes seorang ibu mengelar bayi perempuannya yang berusia 2 bulan.. Astaghfirullahalazim… Ianya memang diluar kawalan dan emosi ibu tersebut… Kasihan ibu dan bayi… Bayi menjadi mangsa dan ibu juga mangsa kepada keadaan…

 

Bagaimana gejala meroyan ini terjadi??

 

Terdapat 3 tahap meroyan mengikut bahasa perubatan :

1) Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncakk pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti sedia kala.


2) Postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi baharu lahir.


3) Postpartum psychosis turut dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin. Malah, ia juga berbezza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum. Gejala ini boleh berlarutan sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin.

Penyebab Tekanan Selepas Bersalin

Selepas bersalin, kita perlu memastikan penjagaan tubuh yang sihat, bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman. Ibu baru sering terdedah kepada pelbagai gejala semasa berpantang, ada kalanya simptom itu timbul tanpa disedari.

Ada masanya, gejala ini hanya timbul sekejap sahaja dan ada kalanya berlarutan. Justeru itu, ibu baru perlu tahu akan simptom dan komplikasi yang mungkin berlarutan selepas bersalin.

Ketahui 10 komplikasi selepas bersalin

Sama seperti tekanan yang berlaku pada orang biasa, kemurungan lepas bersalin juga dikaitkan bahan kimia dalam otak yang tak stabil. Bahan kimia (neurotransmitter) paling penting yang terlibat ialah serotonin & norepinephrine yang sangat berkait rapat dengan kekurangan nutrisi.

Asid amino adalah antara nutrisi yang dikenal pasti  berkait rapat dengan masalah ini sebab asid amino adalah penting untuk penghasilan neurotransmitter.

4 Jenis Pemakanan Dalam Menangani Tekanan


1. Karbohidrat


Gula yang dibebaskan daripada karbohidrat yang dimakan akan membebaskan insulin. Insulin bantu sel untuk dapatkan gula untuk membuat tenaga & pada masa yang sama turut mengangkut asid amino triptofan yang memberi kesan kepad neurotransmitter dalam otak.

Jadi, masa pantang jangan terlampau kawal sangat makan. Nasi makan sekepal ke apa. Sebab kurang karbohidrat meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya. Kang kena kencing manis, takde pasal2.

2. Protein


Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri & 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian – asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine banyak membantu untuk kestabilan emosi.

Dan masalahnya, nak dapatkan 8 asid amino tu kena makan pelbagai jenis makanan.

3. Asid Lemak 


Asid lemak omega-3 adalah asid lemak perlu yang mesti diambil dalam makanan.

Omega-3 bukan saja penting untuk perkembangan otak budak2 tapi juga untuk perkembangan otak orang tua.

DHA adalah komponen utama dalam otak manusia.


4. Vitamin & mineral


Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah vitamin B dan folate.

Mineral yang diperlukan termasuk calcium, magnesium, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zinc

Kredit : FB Dr Fyda Noh (iReach) (pemakanan dalam menangani tekanan)

7 Panduan Elak Meroyan

1) Pastikan mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara ketika dalam proses jagaan selepas bersalin.


2)  Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.


3) Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.


4) Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.


5) Pengambilan diet : Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga.


6) Amalan rohani.  Selalu dekatkan diri kepada Tuhan.  Berdoa untuk ketenangan hati, jiwa dan diberi hikmah


7 Amalkan supplemen – Sepanjang berpantang saya cadangkan ibu-ibu amalkan SET BERPANTANG & MENYUSU ini:

Set berpantang dan menyusu shaklee

1) B-Complex dengan Asid Folik


♥Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.-

♥Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.-

♥Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi


♥ Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.


♥Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Energizing soy Protein- ESP


♥Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.


♥Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.


♥Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.


♥Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.


4) Ostematrix


♥ Menguatkan tulang ibu yang baru lepas bersalin dan bayi.

♥ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas.

♥ Meringankan stress ibu berpantang.

♥ Sumber vitamin D dan mampu merawat penyakit rickets.


5) Sustained Release Vita C Plus

♥ Menguatkan imun badan

♥ Mencantikkan kulit

♥ Mempercepatkan luka bersalin


6) Alfalfa Complex

♥ Jamu Moden

♥ Mencuci toksik dalam badan

♥ Menghilangkan bau badan & keputihan

♥ Membantu pengeluaran susu ibu (milk booster)


Set berpantang ini sangat-sangat membantu ibu-ibu menguruskan diri sendiri & keluarga ketika berpantang. Membuatkan kita lebih bertenaga dan kekal cergas untuk berpantang sambil menguruskan diri sendiri, baby, anak-anak yang lain dan juga keluarga. Memang highly recommended la.. 


Semoga Bermanfaat & Good luck!!.

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *