RESEPI KUEY TIAW GORENG KERANG BERSAMA UDANG VERSI KAKLINA YANG SUPERBB SEDAP

Dah habis cuti ke CNY ni?? Semua pakat dah pulang ke kediaman masing-masing kan?? Esok dah start kerja… Kat Johor ni Ahad nanti baru start sekolah…

Sejuk-sejuk ni jemu kan masak nasi je?? Apakata, malam ni masak Kuey Tiaw Goreng Kerang bersama Udang versi Kaklina ni… Huhu… Menari-nari masuk tekak uollss 😍😍😍..

Senang je nak masaknya… Jom cekidaut..

BAHAN-BAHAN NAK MASAK KUEY TIAW GORENG KERANG BERSAMA UDANG VERSI KAKLINA YANG SUPERBB SEDAP

bawang merah – sebiji

* cili kering – 5 biji (direbus dahulu)

* sedikit ikan bilis – (direndam dahulu)

* udang kering – 1 paket (direndam dahulu)

* belacan – secubit

 Bawang putih – 2 biji (diketuk)

Cili padi – 5 biji ( diketuk)

Kuey tiaw – sebungkus

Kerang – direbus dahulu

Udang basah

Taugeh

Daun kucai

Tomato – 2 biji dibelah empat

Kicap manis

Gula

Garam

Sos cili

Minyak untuk menumis

Hiasan

Cili merah – dihiris halus

Bawang goreng

Timun

Limau Kasturi

CARA-CARA MEMASAK KUEY TIAW GORENG KERANG BERSAMA UDANG VERSI KAKLINA YANG SUPERBB SEDAP
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak di dalam kuali

3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama cili padi & bawang putih yang telah diketuk. Masak hingga pecah minyak

4. Tambahkan sedikit air, kerang, kicap, sos cili, gula & garam.. Masak sehingga pekat. Sukatan mengikut citarasa anda.. 

5. Agak-agak hampir pekat, masukkan udang.. Kemudian masukkan Kuey tiaw sebungkus..

6. Gaul hingga sebati..

7. Masukkan pula tomato, taugeh dan daun kucai.. Kacau sekata…

8. Tutup api.. Tarra… Dah siap!! Boleh hias dengan hirisan timun, cili merah dan limau kasturi..

Dah siap Kuey Tiaw Goreng Kerang dengan Udang

Seyes sedap.. Bahan-bahan pun boleh adjust letak fish ball, fish cake ke, daging dan ayam.. Ikut selera masing-masing 😍😍

Semoga Bermanfaat & Good luck!!.

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

3 thoughts on “RESEPI KUEY TIAW GORENG KERANG BERSAMA UDANG VERSI KAKLINA YANG SUPERBB SEDAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *