RESEPI KARI AYAM PEDAS, PEKAT DAN SEDAP versi kaklina.. SENANG JE 


Biasa makan kari ayam?? Tapi tak reti nak masak sendiri?? Ha..lepas ni, tak payah beli lagi.. Student-student yang jauh dari mak ayah tu, ha..meh cuba Resepi Kari Ayam Pedas, Pekat dan Sedap versi kaklina ni…

BAHAN-BAHAN nak masak Kari Ayam Pedas, Pekat dan Sedap 

Bahan-bahan Kari Ayam Pedas, Pekat dan Sedap 

Air asam jawa

* Cili kering 10btg (direbus)

* bawang besar 1 biji

* halia 2 inchi

* bawang putih – 3 biji

 ayam – setengah ekor

Serai – 1 batang (diketuk)

Rempah kari ayam 

3 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis)

Carrot – 1 batang

Kentang – 2 biji

Daun kari

Air asam jawa 

Cili merah – 2 batang

Cili hijau – 2 batang

Santan kotak

Minyak untuk menumis

Garam

Gula

CARA-CARA MEMASAK Kari Ayam Pedas, Pekat dan Sedap 

1. Kisar semua bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak 

3. Tumis 3 sekawan & daun kari.. Masukkan pula bahan-bahan yang dikisar tadi bersama serai yang telah diketuk.

4. Tumis sehingga pecah minyak

5. Masukkan serbuk kari yang telah dikacau bersama sedikit air..

6. Masak sehingga pecah minyak lagi…

7. Masukkan ayam, carrot, kentang dan air asam jawa.. 

8. Kacau dan biarkan seketika hingga ayam dan kentang empuk (dalam 10-15 minit). 

9. Kemudian, masukkan pula santan 5 sudu besar.. Kecilkan api..

10. Masukkan lada merah & hijau.. Perasakan dengan garam dan gula sikit.. No MSG tau 😁😁😁

11. Ok dah boleh tutup api… 

Memang terangkat kari ayam ni.. Pekena pula dgn sambal belacan & petai

Tadi kaklina makan kari ayam ni dengan sambal belacan + ulam petai.. Ayam kalau dipotong kecil2, boleh makan dengan roti juga..  Sedap…

Semoga Bermanfaat & Selamat Berjaya..

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

2 thoughts on “RESEPI KARI AYAM PEDAS, PEKAT DAN SEDAP versi kaklina.. SENANG JE 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *