RESEPI SAMBAL UDANG PETAI versi Kaklina YANG SENANG SANGAT

Kaklina ni masa kecil tak pandai makan petai.. Tapi masa belajar kat Perlis dulu, selalu sangat nampak kedai makan jual sambal udang petai ni.. Masa tu kat Perlis, harga makanan murah lagi… So mampu la student nak makan udang 😂😂.

Bila balik kampung, jenuhlah suruh mak masakkan.. Mak pun pelik la… “Hai, sejak bila makan petai??”, tanya mak.. Tak tahu anak dia dah kemaruk bukan main dengan Sambal Udang Petai ni…

Lepas tu, dah pandai dah masak sendiri… So sekarang dah ada blog, kaklina nak share la kat sini RESEPI SAMBAL UDANG PETAI YANG SENANG SANGAT nak dimasak.. Tak cukup sepinggan nasi tau..

Ok jom, tengok apa BAHAN-BAHAN NAK MASAK SAMBAL UDANG PETAI ni:


Bahan-bahan 

Bahan-bahan untuk memasak Sambal Udang Petai

Udang

*Bawang merah – separuh

*Bawang putih – sebiji

* Belacan – seinchi

* Cili kering (direbus dahulu)

Petai

Bawang besar – 1 biji (dihiris)

Air asam jawa

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK SAMBAL UDANG PETAI

1. Kisar bahan-bahan bertanda *

2. Panaskan minyak di dalam kuali (lebih kurang 5 sudu besar minyak).

2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar halis tadi sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, 3 sudu besar gula & 2 sudu teh garam.

4. Masak sehingga hampir pekat.

5. Masukkan bawang yang telah dihiris dan juga petai.. Tunggu sehingga kuah pekat..

6. Masukkan udang.. Biarkan selama 2-3minit.. Tutup api.

7. Tarraaa… Dah siap… Dah boleh hidang ke dalam pinggan

😀😀

Dah siap!!!

Boleh adjust rasa mengikut citarasa masing-masing ye.. Kalau nak manis, tambah gula lagi.. Kaklina suka pedas dan masak memang tak guna serbuk perasa tambahan… Memang adjust guna garam dan gula je…

Semoga bermanfaat & Good luck tao!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

One thought on “RESEPI SAMBAL UDANG PETAI versi Kaklina YANG SENANG SANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *