RESEPI ASAM PEDAS AYAM YANG SUPER HOT DAN SEDAP versi Kaklina


Harini kaklina nak share la sikit RESEPI ASAM PEDAS AYAM yang super hot dan sedap tu.. Cewah… Mana tau kot la berkenan di hati.. Orang Johor punya Asam Pedas konon-kononnya..
Ok jom tengok bahan-bahan nak masak Asam Pedas Ayam ni.

Bahan-bahan untuk memasak Asam Pedas Ayam versi Kaklina

Bahan-bahan (boleh lihat gambar)

Ayam- setengah ekor

* Cili kering (agak-agak la nak pedas letak banyak)

* bawang besar- sebiji

* bawang putih- 3 biji

* kunyit – seinchi

* halia- seinchi

* belacan- seinchi

Lada hitam (tumbuk)

Serai (ketuk)

Daun kesum

Air Asam Jawa

Minyak untuk menumis

Sedikit garam & gula

Air asam jawa

Cara menyediakan Asam Pedas Ayam:

1. Kisar halus kesemua bahan yang bertanda *.

2. Panaskan minyak

3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama serai yang telah diketuk dan lada hitam yang ditumbuk kasar.

4. Tumis sehingga pecah minyak

5. Masukkan ayam dan air asam jawa serta daun kesum. Saya tambah sedikit lagi air agar ayam dimasak lama untuk elakkan ia mentah di dalam..

6. Tunggu kuah sedikit pekat (kira-kira 10-15minit).

7. Perasakan dengan 2sudu teh garam dan sedikit gula ( ikut kesesuaian).

8. Sedia untuk dihidang.. Nyum3…
Senang je kan?? Anak kaklina yang darjah 4 pun boleh buat tao…hahaha… Boleh juga nak letak tomato. Bendi tu macam tak kena je.. Kalau ikan boleh la…
Ha..satu lagi.. Boleh juga tau ikut resepi ni untuk masak ikan (bahan-bahan) je sama.. Tapi ikan kena masak kuah hingga pekat, baru masukkan ikan… Ikan tak boleh masak lama-lama, nanti isinya hancur…

 

Semoga bermanfaat & Good luck tao!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *