SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO) IDAMAN SAYA UNTUK 2017

 

Walaupun kaklina ni WAHM, tapi kaklina memang nak sangat ada office kecil untuk kaklina buat kerja online.. Update blog, post2 FB dan lain2.. 

SOHO merupakan tempat pejabat kecil di rumah yang memudahkan kita meguruskan perniagaan atau senang kata tempat buat kerja.. Ha.. Tak kisah la bab editting ke writting ke documentation ke, asalkan ada tempat yang proper atau tersusun bagi memudahkan urusan penyimpanan (storage).

Ini SOHO kaklina sekarang:: CABARAN BISNES DARI RUMAH ::.

MY current SOHO

Sempena #tsunamishaklee kaklina akan kongsi sedikit intisari kehidupan kaklina berbisnes dari rumah dengan kawan2. Hari ni kaklina kongsi gambar SOHO kaklina.

Sebenarnya ni tempat upadate blog je.. . Tapi sekarang kaklina banyak guna tab ni je untuk update post FB dan kadang2 blog. Tapi kaklina jarang duduk kat sini. Ikut mana sempat kaklina je bawa lappy tu. Meniarap la, kat meja makan sambil layan anak buat homework la.. Tapi buku dan bahan bacaan memang kaklina simpan kat sini. Anak-anak tak berani usik. Dia tau nanti mak dia keluar kepala singa 😉 Tempat ni pun kat bawah tangga.. So memang agak limitted la space..
Kebanyakan kerja, memang menggunakan tab cabuk ni je, order, whatsapp dll… Kalau malam, kaklina angkut lappy masuk bilik. Bila anak2 dah tido, mak mula jadi kelawar 🙂
Bisnes dari rumah, seluruh pelusuk rumah boleh jadi opis kita!

 

Sebab tu kaklina nak upgrade SOHO kaklina  pada tahun ni, Insya Allah… Salah satu wish list kaklina dalam VB…

Ciri-ciri SOHO kaklina ialah :

  • Mempunyai perabot berwarna putih (kerusi, rak & meja)
  • iMac dan printer juga nak warna putih 😀😀
  • Ada multi stack tray
  • Gambar family dan anak2 saya dalam frame warna putih
  • Trash bin juga nak putih
  • Rak meletak buku yang agak banyak
  • Ada jam (warna putih juga)
  • Notice board untuk tampal nota, VB, reminder, etc

SOHO impian kaklina 2017

Kaklina sukakan putih ni sebagai pilihan utama untuk SOHO kaklina ni adalah sebab putih tu sendiri mencerminkan bersih lagi mendamaikan… Kepala pun tak kusut tengok warna putih ni.. Ini menambahkan lagi rasa taknak buat sepah kalau SOHO dah cantik macam ni kan?? Baru mood swntiasa meluap2 je nak update blog( cewah..alasan lebih..hahaaha)..

Jom meriahkan cabaran #bisnesdarirumah dengan Shaklee… 

Semoga Bermanfaat & Good luck!!.

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *