TEKNIK 7 JARS BANTU URUS KEWANGAN DAN MENABUNG DENGAN LEBIH SISTEMATIK

Dah masuk tahun 2017. Kaklina ada misi akhir tahun ni.. Memandangkan kaklina merupakan seorang Work At Home Mother (WAHM) dan tiada pendapatan tetap, maka kaklina kena buat sesuatu.. Kaklina nak kongsikan idea ni untuk kita sama2 capai misi kita tahun ni..

Kaklina gunakan konsep 7 jars ni yang merupakan adaptasi dari konsep 6 JARS MONEY MANAGEMENT yang diasaskan oleh T Harv Eker iaitu penulis buku Secrets Of The Millionaire..Ia adalah satu cara utk menabung.

Macam mana nak buat? Kaklina guna je tong2 Shaklee yang dah habis tu.. Balut dan label ikut kategori kat bawah ni.

6 JARS SYSTEM

Dalam 6 jars, ada 6 tabung

1. NEC (necessity) Keperluan (50%).
Tabung utk benda2 keperluan dan belanja harian, bil, anak2 termasuk makanan, pakaian dan tempat tinggal.

2. FFA (financial freedom) Akaun Kebebasan Kewangan (5%).
Tabungan utk hari tua bila dah xmampu cari duit. Ini adalalah untuk pelaburan atau saham (ASB, Fix deposit dan lain2) bagi mendapat pulangan di masa hadapan. Worth to have it!! 😀😀

3. EDU (education) Pendidikan (5%)
Tabung utk pembelajaran, buku, kelas, kursus, buku, seminar dan lain-lain lagi ilmu dalam perniagaan atau ilmu yg bermanfaat yg lain

4. LTSS (long term saving for spending) Simpanan Jangka Panjang untuk Perbelanjaan (10%).
Tabung utk sesuatu benda yg nk pakai duit yg byk. Contohnya nak beli rumah, komputer, emas, Gold Bar atau lain2 yg berbaloi sebagai aset demi masa hadapan.

5. GIVE (charity) Beri (10%).
Tabung utk sedekah atau derma kepada badan amal atau yang lain2 badan kebajikan

6. PLAY (leisure) (10%)
Tabung utk buat apa yg kita suka, hobby, travel, etc. Wang yang perlu dibelanjakan untuk FUN, setiap bulan (atau sekurang-kurangnya setiap tahun).

Dan kita tambah satu lagi jar menjadikan ia 7 jars,

7. PARENTS (ibu bapa) (10%)
Wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan2 mereka yg belum selesai dan kalau semua dah selesai, bersedekahlah bagi pihak diorang.

Macam mana nak kira?? Ok contoh macam ni:

Kalau bonus RM10,000,

RM5000 utk NEC, keperluan harian
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang pi kelas, etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke
RM1000 utk PLAY, tabung travel!
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua
RM1000 utk parents.

Macamana nak start buat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage. Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing2 tapi mesti strict tiap2 bulan duit mesti pergi ke tabung2 tu. Masuk tabung jgn korek2 dah.

Walaupun bonus baru RM50 pun kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdela 5000 kan.

Hanya kita yang tahu apa yang kita ada. Percentage tu tak penting. Yang penting KONSISTEN untuk menabung. Baru kita lebih jelas dengan matlamat serta impian kita.. Ini cuma membantu mengurus kewangan dengan lebih sistematik je.

Jom la kita sama2 kejar impian menuju Financial Freedom 2017 ni.. Tak larat dah nak berhutang kan? Sempit je rasa otak nak fikir bayar macam2…

Semoga bermanfaat & Good Luck!!!

Nak join buat ekstra income dengan kaklina pun boleh… Kaklina buat dari rumah je… Senang kan??

 

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *