TIPS KEROHANIAN : FADHILAT, LAFAZ DAN NIAT SERTA CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ISYRAQ

Harini saya nak share sikit ilmu yg tak seberapa yg mungkin ada diantara anda di luar sana yg dah lama amalkannya…Biarlah org nak kata apa, asalkan saya kongsi benda yg baik… Kan? 

Bila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya. Tetapi mereka hanya meninggalkan 3 perkara iaitu, sedekah, doa dari anak yg soleh/solehah serta ilmu yg bermanfaat…
Ramai yg dah biasa dgn solat sunat Dhuha kan? Tapi saya bukan nak share pasal solat sunat Dhuha… Saya nak cerita tentang Solat Sunat Isyraq..

Solat sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan pada pagi hari sesudah naik matahari tingginya kira-kira 3 meter (anggaran dalam pukul 8.00-8.30pg)..
Solat sunat ni memberi ganjaran pahala yg besar bagi sesiapa yg mengerjakannya…. Selepas solat Isyraq ni, boleh terus solat sunat Dhuha..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
Sesiapa mengerjakan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yg sempurna”..



LAFAZ, NIAT dan CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ISYRAQ

Lafaz dan niat Solat Sunat Isyraq adalah seperti dibawah:

Akhir sekali, bacalah doa seperti berikut :


Hayati maksud doa selepas solat Sunat Isyraq ni….
Segala puji bagi Allah yang menjadikan siang hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki yang baik pada hari ini, dan jauhkan dari keburukan. Ya Allah, kurniakanlah cahaya pada hatiku dengan nur hidayah, sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”….

Fadhilat dan keutamaan solat sunat Isyraq ini ialah membuka pintu rezeki dan cahaya hidayah dari Allah swt…



Rezeki bukan sahaja dari segi wang ringgit yang banyak dan harta benda semata. Kesihatan diri juga rezeki, anak2 yg sihat & diizinkan untuk terus bernafas juga rezeki…. Sesungguhnya, dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Mintalah denganNya…
Seseorang itu adalah sama dimata Allah swt..hanya amalan yang membezakannya… Jangan pernah jemu nak jadi org baik walau beribu insan menghina….
Bisnes shaklee ni memang banyak membuka hati saya untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini… Kata-kata dari upline2 hebat ini sentiasa mendorong saya menjadi insan yang lebih baik di mata Allah…

What past is past. Let the present change everything… Better late than never…kan??

Jangan bandingkan diri sendiri dgn orang lain, tapi bandingkan diri sendiri sekarang dan sebelum ni… Mungkin kita susah sekarang, esok lusa siapa tahu Allah bukakan pintu rezeki seluas2nya untuk kita?? Bersangka baik dgn Allah… Takkan rugi apa2..

Semoga bermanfaat 😊😊

Semoga Bermanfaat & Selamat Berjaya..

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *