BAHAYA DARAH TINGGI (HYPERTENSION) KETIKA HAMIL BAGI IBU DAN BAYI

​Seronok semalam dapat feedback customer preggy mommy. Sebelum ni beliau ada masalah tekanan darah tinggi ketika hamil.. Usia kandungan pun dah masuk trimester ke3… Mana tak risau kan kalau BP high. Alhamdulillah…dah back to normal bacaan BP beliau…
Tekanan darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) berlaku apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 ataupun bacaan diastoliknya saja melebihi 90 mmHg..
BAHAYA DARAH TINGGI (HIPERTENSI) KETIKA HAMIL TERBAHAGI KEPADA 2 iaitu:
1) Bahaya kepada ibu:

✔ sawan

✔ strok

✔ tekanan darah semakin meningkat

✔ sesak nafas

✔ fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat di dalam air kencing ( air kencing kelihatan kotor)

✔ uri terpisah dari rahim (mengakibatkan bayi mati dlm kandungan)

✔ darah gagal membeku
2) Bahaya kepada Bayi

✔ mati dalam kandungan

✔ kurang berat lahir

✔ kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan)

 

7  SIMPTOM ANDA PENGHIDAP DARAH TINGGI (HIPERTENSI) KETIKA HAMIL

  • sakit kepala yang teruk atau kerap
  • penglihatan kabur
  • rasa tidak sihat
  • sakit ulu hati
  • loya dan muntah
  • bengkak seluruh badan (muka sembab, tangan dan kaki bengkak)
  • sesak nafas

 6 GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAP HIPERTENSI (DARAH TINGGI) KETIKA HAMIL:

  • wanita berumur kurang 20 tahun atau 35 tahun ke atas
  • pertama kali hamil
  • wanita yang mempunyai sejarah menghidap hipertensi untuk kehamilan yang lalu
  • kandungan kembar
  • mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sebelum kehamilan
  • wanita yang menghidap hipertensi dan diabetis

Jangan risau.. Jika ada sebarang tanda seperti di atas, segeralah ke klinik untuk mendapat pengesahan melalui:

  • tekanan darah
  • berat badan
  • air kencing

4 PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA ANDA DISAHKAN MENGHIDAP HIPERTENSI KETIKA HAMIL:

  • ikut nasihat doktor
  • makan ubat mengikut jadual
  • rehat yang cukup
  • kurangkan pengambilan garam dalam makanan

Anda juga boleh mengamalkan supplemen lengkap ketika hamil.. Enjoy your pregnancy journey 🙂

Semoga Bermanfaat & Selamat Berjaya..

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *