RESEPI LAKSA JOHOR (JDT) VERSI KAKLINA a.k.a KAKAKLAKSA YANG SUPER SEDAP


Ramai yang nak sangat kaklina share Resepi Laksa Johor #kakaklaksa yang selalu kaklina jual tu.. Ingin diingatkan ye, bahawa ini adalah versi kaklina yang telah kaklina improvise kan mengikut citarasa kaklina… Dan Insya Allah, menepati citarasa uolls juga 😍😍
Ok tak nak sembang banyak sangat.. Jom terjah bahan-bahannya…

Hidangan ni sesuai untuk 10-15org (kalau tak bertambah la ye 😂😂)

Bahan A
1. Spaghetti (San Remo) – 2bungkus

– masukkan air di dalam kuali bersama 3 sudu minyak masak dan 1 sudu garam.

– Rebus spaghetti 13-15minit

– angkat dan toskan
2. Ikan Kembung Hijau / Batu – 2kg


– buang perut, basuh dan rebus dalam 15minit.
**Air yang digunakan untuk merebus hanyalah sehingga ikan tenggelam, sudah memadai. Nak lebih pun boleh… Tapi nanti nak tunggu kuah pekat tu, ambil masa lama sedikit la..
– angkat dan toskan
– biarkan sejuk kemudian barulah asingkan tulang dan isi
– blender kasar isi ikan dengan air rebusan ikan tadi
– blender halus tulang ikan bersama air.. Kemudian tapis, ambil airnya sahaja tau

Bahan B (kisar)

Bawang merah – 4biji

Bawang putih – 1 labu

Serai – 2 batang

Lengkuas – 1 inchi

Halia – 1 inchi

Cili kering – 10batang (rebus dahulu)

Cili padi – segenggam (ikut tahap kepedasan, nak pedas letak lebih)

Belacan kecik (RM0.50 sepeket tu) – 1 paket

Udang kering (RM2 sepaket) – 1 paket

– blender halus semua bahan B

Bahan C (ketuk)

Ni lah rupa bunga kantan ye

Bunga kantan – 1 batang

Serai – 1 batang

Bahan D (Bahan dan Cara membuat Sambal Belacan)

Lada merah – 10batang

Cili padi – 15batang

Belacan besar (RM1 sepaket) – 1 paket

Bawang putih – 4ulas

Bawang merah – 1biji

Limau kasturi – 1biji (buang biji)

– blender halus kesemua bahan D dengan sedikit air masak suam. Perasakan dengam garam, gula dan perahan limau kasturi 2-3biji

Bahan E (Ulam)

Timun – 2 biji

Teknik memotong timun gulung tanpa biji

Limau kasturi

Daun kesum – hiris halus

Taugeh

Bawang besar – hiris

Bunga kantan – hiris halus bunganya saja

Bahan F (untuk kuah)

Serbuk kari ikan Babas (paket hijau, extra pedas) – 4 paket kecil @ separuh paket sederhana besar

Kerisik (RM2) – 1 paket

Santan – 1/2 kg

Asam keping (RM1) – 2 paket

Daun kesum – seikat (RM0.50 je)

Kiub pati ikan bilis – 1 ketul

Gula Melaka – 1/2 ketul besar

Garam

Cara – cara memasak kuah Laksa Johor kaklina

– Panaskan minyak

– Tumis bahan B bersama bahan C sehingga pecah minyak

– Masukkan rempah kari (yang telah digaul bersama sedikit air).

– Gaul sehingga pecah minyak lagi

– Masukkan air rebusan ikan bersama isi ikan yang telah dikisar tadi

– Masukkan bahan F yang lain (kecuali rempah kari sebab tadi dah masukkan kan?)

– Tunggu sehingga kuah pekat.

– Perasakan dengan garam dan gula pasir sekiranya suka manis

**Biasanya untuk tunggu kuah pekat mengambil masa hampir 20minit hingga setengah jam dengan api yang sederhana…

Tarrraa…. Dah siap kuah Laksa Johor Kaklina a.k.a Kakaklaksa yang super sedap tu…

Boleh dihidang secara buffet juga

Atau minum petang

Antara Testimoni pelanggan Laksa Johor Kaklina

Ok lah… Dah banyak belanja gambar ni… Good Luck lah ye.. Tahniah kalau berjaya… Ingat Laksa Johor, ingat Kaklina tau. Semoga kita dimurahkan rezeki.. Insya Allah..amin…

Semoga Bermanfaat & Selamat Berjaya..

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

One thought on “RESEPI LAKSA JOHOR (JDT) VERSI KAKLINA a.k.a KAKAKLAKSA YANG SUPER SEDAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *