3 KAEDAH MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA BANTU KEHAMILAN

Sememangnya setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin memiliki zuriat masing-masing. Namun ada juga pasangan yang ingin merancang untuk hamil. Ada juga yang tidak merancang namun sehigga kini masih gagal memiliki zuriat. Memang rezeki, jodoh maut di tangan Allah swt.. Tapi kita sebagai hambaNya haruslah berikhtiar untuk memperoleh apa yang diimpikan.

Dah macam-macam cuba, tak juga hamil?? Pernah tak terfikir mengenai waktu kesuburan bagi wanita? Mungkin tempoh masa bersama suami itu bukan pada waktu subur. Macam mana nak tahu bila waktu subur??

Kalau ikut kepercayaan orang Melayu, jika punggung lebar, wanita akan mudah bersalin dan jika bekas tempat duduk seseorang wanita itu panas selepas dia bangun dari tempat duduknya, tandanya wanita itu subur. Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran mitos tersebut? Betul ke tak betul??

APAKAH MAKSUD KESEDARAN KESUBURAN?

Merupakan sekumpulan kaedah yang menggunakan fungsi normal dan semulajadi badan untuk menentukan hari yang membolehkan wanita untuk hamil. Ia juga dipanggil Perancang Keluarga Semulajadi (NFP). Ia adalah kaedah mengawal kelahiran tanpa menggunakan sebarang alat atau dadah.

Di sini saya kongsikan 3 teknik untuk mengetahui waktu subur bagi wanita. Ia bertujuan untuk mengelakkan kehamilan daripada berlaku atau mengetahui waktu subur bagi meningkatkan peluang kehamilan.

**seseorang wanita akan hamil jika sperma lelaki berjaya sampai ke salah satu daripada telur wanita (ovum)

1.KAEDAH KALENDAR

Kitaran haid anda yang lepas boleh dijadikan panduan untuk menganggar waktu subur anda. Bagi mengesan kitaran haid dan mengenal pasti jangkaan ovulasi anda, sila ikuti langkah demi langkah di bawah :

  • ketahui kitaran haid anda untuk tempoh 8 hingga 12 bulan
  • hari 1 merupakan hari pertama anda mula haid
  • pilih satu kitaran yang paling panjang (lama) dan satu kitaran paling pendek (singkat) daripada kalendar haid anda.
  • hari pertama tempoh kesuburan akan ditentukan dengan menolak 18 hari daripada kitaran paling pendek.
    • contoh : jika kitaran haid paling pendek ialah 28 hari maka (28-18=10). Maksudnya, hari pertama waktu subur anda ialah hari ke 10 pada kitaran haid.
  • 5 hari terakhir kesuburan pula dikira dengan menolak 11 hari daripada tempoh kitaran haid yang paling panjang (lama).
    • contoh : jika kitaran paling panjang anda ialah 36 hari maka (36-11=25). Maksudnya, hari terakhir waktu subur anda ialah pada hari ke 25 pada kitaran haid.
  • Jadi, tempoh subur anda ialah dari hari ke 10 hingga hari ke 25.

** Jika anda sedang merancang untuk hamil, lakukan seks ketika waktu subur ini. Jika tidak, lakukan sebaliknya

2.KAEDAH SUHU BADAN ASAS

Suhu badan asas dikira dengan merujuk kepada perubahan pada suhu yang berlaku selepas ovulasi dan jika anda hamil, suhu akan kekal meningkat sehingga tempoh haid seterusnya. dengan berpandukan carta, anda boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda. Macam mana ye caranya??

  • ambil bacaan suhu setiap pagi selepas bangun tidur
  • gunakan termometer asas untuk mengetahui perubahan kecil pada suhu badan anda.
  • catatkan suhu badan anda setiap hari di dalam kalendar.

** Jika anda mencatatkan suhu badan setiap hari, anda akan lihat suhu adalah konsisten sebelum tempoh ivulasi. namun, sebaik sahaja mnghampiri tempoh ovulasi, suhu akan menurun sedikit dan akan terus meningkat selepas ovulasi. peningkatan suhu inilah yang menandakan ovulasi baru sahaja berlaku.

3. KAEDAH MUKUS SERVIKS (lendir serviks)

Konsistensi mukus serviks berubah semasa kitaran haid. Pada pertengahan kitaran, terdapat 3 hingga 4 hari lendir anda akan kering iaitu hari ke 5 selepas haid.

Kebasahan mukus akan meningkat hari demi hari dan berakhir selepas 9 hari. Mukus semasa ovulasi mudah dikesan ketika ini iaitu ia akan menjadi lebih banyak, licin, jernih dan mudah diregang.

Anda juga boleh mengambil vitamin dan supplemen bagi membantu untk tujuan kesuburan. Salah satunya ialah GLA COMPLEX..

Testimoni GLA Complex. Harga : RM91.25 (60 softgel)

                                  Testimoni GLA Complex.
                              Harga : RM91.25 (60 softgel)

 Atau boleh juga cuba #SETSUBUR untuk suami dan isteri.

Semoga Bermanfaat & Selamat Berjaya..

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Nusa Damai,Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya. Penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda untuk kawasan-kawasan yang tersebut.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *