BAYI SEBULAN SEMBUH DARI PENYAKIT SEBORRHEA NYARIS JADI LEBIH PARAH

Tanggal 8 April 2011, merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh saya dan suami. Kelahiran anak kedua kami Nikmatul Zuhrah (Pemberian yang bijak dan cantik) yang sangat dinantikan. Seronok anak sulung kami, Nurin menerima adik baru.. Asyik suruh ambil gambar dia dengan adik dia je. Tidur pun mesti nak sebelah adik dia. Saya dah Zuhrah melalui proses berpantang seperti orang lain. Memandangkan parents saya jauh di Utara, maka saya terpaksa berpantang sendiri sekali lagi. Tapi tak pe, dah ada pengalaman masa berpantang Nurin dulu… Alah bisa tegal biasa bak kata orang..  Alhamdulillah..dulu berjaya berpantang Nurin dengan jayanya tanpa masalah.

zuhrah

Tapi tidak pada kali ini… Zuhrah dilahirkan dengan keadaan yang sihat dengan berat badan 2.96kg. Lahir secara normal. Seawal 11 hari Zuhrah terpaksa dimasukkan ke NICU kerana Prolonged Jaundice sehingga 17. Maka bermalamlah saya dengan Zuhrah di NICU, HSI JB. Soalan doktor, “anak minum susu apa puan??”.. ” Fully breastfeeding, doc” jawab saya… Dia mengangguk tanda faham dan menyuruh saya untuk meneruskan penyusuan susu badan secara konsisten. Dua lampu ultra violet dihidupkan di bahagian atas Zuhrah. Tak lama… 3 jam sahaja.. ujian darah pada malam tu, menunjukkan bacaan jaundice Zuhrah menurun ke 12..  Maka lampu ultra violet itu dimatikan. Tiada langsung ubat yang doktor berikan. Tiada juga jarum dan wayar yang menusuk ke anggota Zuhrah. Doktor hanya menyuruh saya konsisten memberi susu badan kepada Zuhrah.. Alhamdulillah… kami discharge keesokan harinya tanpa sebatang bekalan ubat.

zuhrah2

Tak disangka kami diuji sekali lagi apabila usia Zuhrah sebulan. Bermula dari jangkitan Chicken Pox, ia merebak pula menjadi ruam.. Tapi kali ni ruam penuh diseluruh muka dan anggota badan lain. Yang clear dari ruam hanya, tapak tangan, tapak kaki, kepala, mulut dan lutut… Cuak kami sekeluarga.. Saya ke klinik, doktor hanya bagi Celamine Lotion sahaja memandangkan dia tiada demam. Banyak juga saya ihktiar dengan cadangan orang-orang. Letak bedak sejuk la.. bedak anti gatal jenama macam-macam.. Bermacam-macam krim juga telah digunakan. Suatu hari, saya dah tak tahan melihat Zuhrah sebab makin banyak & tebal pula ruamnya. Saya ke klinik lain pula. Doktor mengucap panjang lalu terus membuat surat rujukan untuk ke pakar kanak-kanak di HSA (Hospital Sultanah Aminah, JB). Katanya di sana, ramai doktor pakar kanak-kanak. Insya Allah.. Zuhrah akan menerima rawatan yang terbaik. “Awak kena cepat,” kata doktor..

Prosedur seperti biasa, dan doktor di bilik kecemasan mengarahkan Zuhrah admitted untuk pantauan lanjut oleh doktor pakar. Saya dan suami akur. Bila sampai di Wad kanak-kanak, saya lihat ramai kanak-kanak lain tangan bercucuk. Wayar sana-sini. Hati bertambah sebak… Ya Allah… selamatkanlah anakku ini… Saya kena kuat.. Tapi airmata ibu, tetap mengalir… Doktor pelatih bertubi-tubi bertanya soalan itu ini. Menambah sebak di hati. Akhirnya, dia akur… dan cuba mententeramkan saya agar bertabah. Jangan risau katanya.. “She will be fine”…

zuhrah3

setelah pulih dari Chicken pox, keluar pula ruam seluruh badan terutama muka & perut serta anggota lain

Tiba saat doktor pakar datang melawat. Katanya, sepanjang dia mengendalikan kes di wad kanak-kanak, ini kes pertama beliau. Dia merujuk kes saya kepada Pakar Kulit pula. Soalan yang ditanya… ” Puan beri susu apa ye?”.. ” Doc, she’s fully breastfeeding”.. “ok good.. now u should not worried anymore. Shes been protected well”, katanya..

Selepas kunjungan doktor pakar kulit, beliau mengesahkan bahawa Zuhrah mengalami Seborrheic Dermatatis. Sedikit info mengenai Seborrheic Dermatatis atau dipanggil Seborrhea ini merupakan satu penyakit kulit yang biasa yang kelihatan seperti psoriasis, ekzema, atau reaksi alahan dan ia boleh muncul pada anggota badan dan juga kulit kepala. Tapi dalam kes Zuhrah, ia tidak kelihatan di kepala. Hanya pada muka dan anggota badan yang lain.

Punca penyakit dermatitis seborrheic??

Masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan dermatitis seborrheic ini. Ia seolah-olah gabungan perkara, termasuk:

  • tekanan ibu
  • gen ibu bapa
  • kulat yang biasanya boleh hidup pada kulit
  • sesetengah penyakit dan ubat-ubatan
  • sejuk, cuaca kering

Tetapi ia tidak datang dari alahan atau najis. Bayi yang baru lahir dan orang dewasa berumur 30-60 lebih cenderung untuk mendapatkan dermatitis seborrheic ini.

Nak tahu apa kebarangkalian Zuhrah mengalami penyakit ini??

Ye.. kemungkinan kerana saya mengambil jamu selepas 14hari Zuhrah dilahirkan. YA.. selepas Zuhrah bebas Jaundice. Ia nampak remeh kan?? Tapi sejauh manakah kita sedar akan kesan pengambilan jamu yang umum mengetahui ia amat panas untuk diambil dan seterusnya tidak baik untuk ibu yang menyusukan bayi. Ini pandangan peribadi doktor dan saya hasil kajian dan ujian diagnosis dari pakar kepada kami. Walaupun semasa kakaknya Nurin, saya tidak mengalami sebarang masalah ketika berpantang.

RAWATAN??

Doktor memberi ubat antivirus agar ia tidak terus merebak, beberapa krim sapuan pada bahagian kasar & halus serta syampoo/ sabun mandian untuk Zuhrah. Beza ekzima dan Seborrhea ini ialah, ekzema mungkin akan berulang lagi kerana pesakit yang menghidap ekzema memiliki kulit yang lebih sensitif tetapi tidak bagi Seborrhea. Ia tidak berulang.

Disebabkan inilah, saya mula mengenali SET MENYUSU dan KRIM HERBAL BLEND Shaklee..

Selepas 2 minggu, kami dikehendaki datang semula untuk temujanji dengan Pakar kulit & Pakar kanak-kanak. Alhamdulillah…mereka berpuas hati melihat perkembangan Zuhrah. Berat badan meningkat dan kulit pulih sepenuhnya. Sekali lagi doktor tanya, “dia minum susu apa puan??”.. Jawpan saya masih sama “dia masih menyusu badan, doktor…” ” Bagus… teruskan beri susu puan ye”..

Saya sempat bertanya dan menunjukkan KRIM HERBAL BLEND yang saya gunakan, dia membelek kandungan krim tersebut.. ” GOOD, PARABEN FREE.. Puan boleh teruskan menggunakan krim ini. Krim ini selamat TANPA UBAT. Ubat krim dari hospital yang kami beri mengandungi ubat walaupun hanya 1- 5%”, terang doktor.. Lega hati kami….

Kami pulang dengan gembira tanpa ada lagi temujanji susulan… Terima kasih Allah..kembalikan kegembiraan kami sekeluarga… Pengalaman ini menjadikan saya lebih berhati-hati dalam memilih SET BERPANTANG.. Sokongan dari keluarga dan orang sekeliling menjadikan saya lebih kuat dan tabah menempuh tempoh berpantang saya.. Saya kongsikan pengalaman dan kisah ini agar para ibu lebih peka & lebih berhati-hati serta dapat jadikan ia panduan jika mengalami situasi yang sama dengan penyakit ini, Insya Allah..setiap penyakit ada penawarnya… Yang penting, jangan putus berusaha & berdoa padaNya… Syukur kerana saya berjaya menyusukan penuh Zuhrah sehingga 1thn 8bln sebelum saya pregnenkan anak ketiga pada usianya 1thn 10bln..

5thn sudah berlalu, kini Zuhrah membesar seperti kanak-kanak yang lain… Alhamdulillah…. Maha Suci Allah yang memberinya kesembuhan..

PicsArt_12-29-11.10.50

Zuhrah masa 1st day ke pra- tadika Disember 2015 aritu.

 

PicsArt_04-18-12.32.39

Alhamdulillah… bersih dan licin muka anak-anak ibu ni 🙂

SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENCUBA!!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

2 thoughts on “BAYI SEBULAN SEMBUH DARI PENYAKIT SEBORRHEA NYARIS JADI LEBIH PARAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *