|| RESEPI || SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API TERANGKAT YANG MUDAH, RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera…

 

Pening nak masak apa untuk harini? Ada tak diantara uolss penggemar siput sedut masak lemak cili api?? Tapi malas atau tak tahu macam mana nak masak??  Saya sekeluarga antara penggemar masakan ni. Kalau masak, anak beranak pakat kerumun je kat siput sedut.. Tak cukup sekilo..Hik3…

 

Jom saya kongsikan RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API TERANGKAT YANG MUDAH, RINGKAS DAN SEDAP versi saya 🙂

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gambar dibawah:

 

BAHAN A (tumbuk / blend) :

PicsArt_04-11-12.34.04

  1. Segenggam cili padi – ikut suka tahap kepedasan yang diingini
  2. kunyit hidup
  3. bawang putih – sebiji

 

BAHAN B :

PicsArt_04-11-12.38.07

  1. Serai – diketuk
  2. Keledek – sebiji ( dikupas kulit & dihiris) (boleh juga tukar kepada keladi / labu)

 

BAHAN C :

PicsArt_04-11-12.40.34

 

  1. siput sedut – sekilo (diketuk bahagian belakang & dibersihkan)
  2. daun kunyit – sehelai (dihiris besar)
  3. santan segera – sekotak 200ml (kotak kecil)
  4. cili merah – sebiji (dibelah tengah)

 

CARA MEMASAK :PicsArt_04-11-12.42.11

 

  1. masukkan Bahan A yang telah dikisar / tumbuk bersama Bahan B. Masukkan juga 3cawan air. TAK PERLU TUMIS ye..
  2. Biarkan selama 5 minit atau sehingga keledek itu empuk

PicsArt_04-11-12.43.40

3.  Masukkan pula BAHAN C gaul sekata.. biarkan sehingga 2-3minit

PicsArt_04-11-12.45.00

 

4. Masukkan pula santan. Gaul dan biarkan lagi sehingga 5minit. Perlahankan api. Perasakan dengan garam.

 

PicsArt_04-11-12.46.46

   5.   Matikan api. Siap untuk dihidangkan. Siput sedut ini mempunyai tekstur yang lembut. Jadi ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk memasaknya.

Mudahkan???

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA!!!

PicsArt_04-11-12.52.11

Inilah juadah tengahari kami yang simple tetapi menyelerakan..

 siput sedut masak lemak

 Kacang buncis goreng berkicap

ayam goreng

tempoyak ulam timun

nyum3…. 🙂

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *