7 RAHSIA KEBAIKAN WANITA HAMIL DAN MELAHIRKAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan agar dikurniakan zuriat dari darah daging mereka sendiri. Setelah lama menanti, pastinya sang suami gembira apabila mendapat tahu isteri tersayang kini hamil. Pasti juga eksaited & tak sabar nak lihat dia lahir ke dunia ini. Tetapi ada juga pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga yang mengelak mahu mengandung malah menggunakan kaedah merancang kehamilan. Alasan yang kerap digunakan ialah belum bersedia dan bimbang menempuh tempoh 9 bulan kehamilan serta risau perubahan fizikal yang bakal dialami. Tapi tahukah kita, ada perkara yang indah ketika hamil dan hanya mereka yang hamil je akan merasai keindahan perkara ini. Banyak kebaikan yang akan dinikmati setiap kali menempuh alam kehamilan. Ha…nak tahu apa rahsianya??

Jom kita ketahui 7 RAHSIA KEBAIKAN WANITA HAMIL DAN MELAHIRKAN YANG RAMAI TIDAK TAHU

  1. SENGGUGUT MAKIN MENJAUH
    • wanita hamil tidak akan didatangi haid. Berita gembira buat pasangan yang merancang mendapatkan anak melalui kaedah semulajadi ini. Anda tidak perlu lagi risau melakukan hubungan intim tanpa perlu melihat kalendar bagi memastikan hari tidak subur anda.
  2. KEYAKINAN DIRI MENINGKAT
    • sesetengah wanita berasa kurang yakin ketika hamil kerana merasakan tubuh badan mereka yang membesar dan kelihatan gemuk. Anda seharusnya bersyukur kerana mengandung dapat menyingkirkan tanggapan orang yang mengatakan anda tidak boleh mengandung. Selain itu, kejayaan melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan akan memberikan suatu kekuatan baru kepada wanita.
  3. KURANG RISIKO KANSER
    • kehamilan memberi bentuk perlindungan kepada wanita daripada diserang bahaya kanser payudara dan ovari. Beberapa kajian juga mendapati, penyusuan penuh susu ibu selama dua tahun dapat mengurangkan risiko sesetengah kanser kepada wanita.
  4. BERSERI-SERI
    • dengan kata lain, mungkin anda akan terasa lebih seksi. Pengaruh hormon estrogen dan progesteron sepanjang kehamilan menyebabkan berlaku perubahan fizikal terutama pada bahagian payudara. Gunakan kesempatan ini untuk memikat hati suami.
  5. DISAYANGI SUAMI
    • inilah masa terbaik untuk mencuri perhatian suami. Minta suami urutkan badan, urutkan kaki dan picit- picit belakang. Kalau rasa penant minta suami kemaskan rumah dan jika mengidam suami akan turutkan. Namun jika suami tidak mahu menunaikan apa yang dikehendaki, tidak bermakna dia tidak sayangkan anda. Mungkin sesetengah lelaki tidak menunjuk perasaan sayangnya secara langsung.
  6. SELERA MAKAN BERTAMBAH
    • pada peringkat awal kehamilan, ibu hamil akan berasa loya dan muntah-muntah disebabkan deria jadi sensitif. Keadaan ini boleh sahaja berpunca daripada bau tumis masakan mahupun bau wangian. Setela kandungan memasuki trimester kedua, badan anda telah mula serasi dengan perubahan hormon ketika hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil biasanya mengidam mahu menikmati sesuatu makanan.
  7. PELUANG DEKATKAN DIRI PADA ALLAH SWT
    • ketika hamil juga merupakan tempoh yang sesuai mendekatkan diri dengan Allah swt. Perubahan ini pastinya membolehkan anda menjadi muslimah yang solehah. Tidak semua wanita berpeluang hamil, usah mensia-siakan anugerah ini. Dekatkan diri kepada Ilahi dan panjatkan kesyukuran kepadaNya. Usah layan gangguan emosi yang biasa terjadi sepanjang kehamilan anda.

Pada yang tak sabar nak lihat bakal baby anda sihat dan afar isteri juga tidak mengalami alahan mengandung yang teruk, boleh la jeling-jeling SET HAMIL dari SHAKLEE ni…  dan juga jeling-jeling ke entri TIPS AGAR KEKAL POSITIF untuk hamil…

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA!!!!

 

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *