RALAT LEWAT SEJAM TAK SEMPAT CIUM ABAH

31 March 2016, Khamis.

Hari ni abah telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 01.00pg td. Abah mula terlantar pada bulan Disember,2015 yang lalu. Waktu tu cuti sekolah.. Mak telefon, katanya abah dah tak boleh bangun. Jatuh lagi dalam bilik air. Sebelum ni abah ada strok sebelah kiri.. Tapi semakin lama semakin pulih.. Boleh berjalan walaupun menggunakan tongkat. Masih boleh makan makanan pejal dan juga masih boleh drive.

Saya dan suami pun bergegas balik ke kg. Masa sampai kat kampung tu, saya lihat eadaan abah dah tenat sangat. Tak boleh makan dan minum. Minum susu, sesudu dua je.. Lepas tu dia tolak. Saya cadangkan pada mak, untuk bawa abah ke hospital. Mak akur.. Ambulance pun datang ke rumah untuk bawa abah ke hospital Batu Gajah, Perak.

Bila abah dimasukkan ke ospital, seperti biasalah, prosedur. X-tray, ambil darah, urine dan sebagainya. Mak temankan abah untuk prpses saringan. saya uruskan anak-anak sambil sediakan makan malam. Siap masak semua, saya ke hospital. Malam tu suami saya yang jaga abah. Sedih tengok dia… Pakai pampers… On tube untuk minum susu & oksigen. Tak boleh makan. Takut tersedak kata doktor. Sepanjang kami menjaganya, tak putus-putus kami bacakan bacaan surah Yasin dan selalu ajarnya mengucap & ingat pada Allah… Saya juga tak lupa buatkan air Yasin untuknya. Abah taknak minum air penawar dari iman-iman di sekitar Batu Gajah. Alhamdulillah…dia nak minum air dari saya sahaja.. Esoknya, saya menghantar suami ke terminal Aman Jaya, Ipoh untuk menaiki bas pulang ke Pasir Gudang.

IMG_20151217_175134

sampai bengkak tangan kanan abah sebab masuk terlalu banyak air ke dalam tubuh

Masa tu hanya saya seorang waris abah. Malam tu doktor yang kendalikan kes abah, mahu berjumpa saya. Berdebar sangat.. Maklumlah… saya seorang je.. Mak kat rumah, tolong jaga anak-anak. Kata doktor sambil menunjukkan gambar x-tray, paru-paru abah sebelah kiri 80% kabur.. Dari atas ke bawah. Tapi doktor tak dapat sahkan ianya sama ada radang paru-paru, kanser atau pun radang sebab abah tak fit untuk buat CT scan. Abah memang tak boleh bangun.. tambah doktor lagi, jangan menaruh harapan yang tinggi untuk abah pulih… perbanyakkan doa & sembahyang agar diringankan sakit abah kerana dia hanyalah doktor yang hanya menjalankan tugas sebagai doktor. Saya kagum dengan doktor ini. Satu-satu penjelasan dan kata-kata semangat diberikan untuk saya walaupun dia berbangsa India… Mungkin dah biasa berdepan dengan situasi ni. Doktor akan benarkan abah pulang, bila abah dah boleh  bernafas tanpa bantuan oksigen.

IMG_20151218_094245

tukar pula ke tangan kiri untuk masukkan air

Esoknya barulah kakak dan abang-abang datang. Tu pun tak lama.. 2 hari je. Memandangkan saya seorang suri rumah, maka saya dan kakak tinggal untuk sama-sama jaga abah. Tapi abah masih belum boleh keluar. Lama abah di hospital.  Lebih 2 minggu. Akhirnya, saya terpaksa juga balik ke Pasir Gudang sebab ingin menguruskan proses pendaftaran anak-anak  sekolah terutama Zuhrah. Itupun saya dah terlewat seminggu. Nasib baik cikgu faham..

Along ambil alih jaga abah.. Selang 2 hari, abah dah dibenarkan pulang. Maknanya, semua bakal diuruskan sendiri oleh mak. Tapi kami telah sediakan katil & tilam elektrik untuk abah bagi memudahkan mak uruskan abah…

Masa raya Cina kami sekali lagi datang menjenguk abah. Abah dah boleh makan. Cuma agar sukar membuang air besar.. Abah semakin kurus & cengkung… sedih..sekali sekala, air mata ni tumpah juga… Abah dah mula cakap merapu.. ya Allah…permudahkanlah urusan abah… setelah 4 hari di kampug, kami akhirnya pulang semula ke Pasir Gudang.

Dan pada hari ni, saya telah terlewat terima berita tentang kematian abah. Batteri handphone saya mati tanpa saya sedari. Berkali-kali mak dan adik beradik cuba hubungi saya. Tapi gagal. Suami pula kerja shift malam. Bila di production, line susah nak dapat. Mereka juga gagal hubunginya. Sehingga jam 5pagi. Saya bangun dan dapati handphone mati.. Bila saya cas je, mak call.. tapi saya tak sempat angkat. handphone mati lagi.. Hati mula berdebar.. Perlahan-lahan saya cuba hidupkan handphone sambil ianya dicas. Saya nampak no missed call dari mak, kakak dan along… Akhirnya, saya baca whatsapp dari kakak… “Noi..abah dah takde pkl 1pg td..kenapa call ko tak dapat??”.. Maknanya baru sejam selepas saya masuk tidur… RALAT!!!!

Saya terus call kakak, kakak dah kat Pagoh…maknanya diorg dah 2 jam bertolak 2jam yang lalu.. Aduh… Saya  pesan.tunggu saya sebelum kebumikan abah…Saya pun call mak.. mak kata pagi nanti org dah nak uruskan jenazah abah. YA Allah…. berkali-kali saya merayu..tolong tunggu saya… mak kata tak boleh tunggu… wah…meraung dalam hati..kuatkan iman…saya call suami.. betul..tak dapat… saya call rakan sekerjanya.. tak dapat jugak.. akhirnya saya whatsapp rakan dia.. 10 minit baru double tick biru.. lega.. katanya, pesanan dah disampaikan..  Saya kejut anak-anak dan packing baju-baju..

Jam 6pagi suami sampai rumah, mandi dan bersiap.. Selepas solat subuh, siapkan anak-anak dan loading barang ke dalam kereta..lebih kurang jam 6.45pg kami bergerak. Tau je lah jammed pagi-pagi orang nak pergi kerja.. Dalam kereta tak henti bacaan Yasin dan al-fatihah untuk arwah abah.. Suami pula mengantuk kerana baru balik kerja malam.  Sampai Kulai je dia dah tak larat.. Saya ambil alih sehingga Seremban. Saya dapat whatsapp dari kakak, abah sedang dimandikan… Saya lihat jam pukul 10.30 pagi… Saya kata tunggu…lepas Zohor.. 3jam je lagi insya Allah..kami sampai… kakak dan abang- dah cuba cakap… Tapi… apakan daya suara waris tak didengari… suami ambil alih memandu sebab lihat saya dah terlalu sebak dan tak dapat kawal diri untuk teruskan memandu… Saya berhenti di stesyen minyak dan bertukar pemandu.. Beli makanan sedikit untuk anak-anak yang baru bangun tidur… Suami terus memandu sehingga Rawang. Saya lihat suami mula tersengguk-sengguk lagi…. Saya arahkan dia berenti di RnR RAwang, suami bawa naak-anak ke toilet. Saya check whatsapp dari kakak… “diorang nak bawa abah ke masjid dah ni…” Lagi sekali saya sebak… “tunggu saya…saya dah kat Rawang ni”… kakak hanya nangis… katanya..”Redhakan je lah… kitorang tak boleh buat apa-apa nak tahan diorang…”

Jam menunjukkan pukul 11.15pagi… Saya berkeras nak drive dan menyuruh suami tidur… Akhirnya.. Jam 1 petang saya berada dihadapan kubur arwah abah… kakak kata, jenazah selamat dikebumika jam 12tghari tadi. Saya tahu, hanya di situ kawasan perkuburan yang paling hampir dengan rumah. Alhamdulillah..senang jumpa kuburnya… Saya ambil gambar ni dan Whatsapp ke kakak.. “betul ni kubur abah?”.. kakak mengiyakannya sambil terperanjat kerana saya sudah pun sampai kerana mengikut jangkaan saya akan sampai jam 2ptg… biasanya kami mengambil masa 8jam untuk sampai ke kampung. Tapi hari ni, saya hanya mengambil masa 6 jam!!!

Masih juga tak dapat melihat jenazah arwah abah untuk kali terakhir.. Tak dapat mencium arwah abah untuk kali yang terakhir juga.. Bayangkan… Betapa RALAT nya saya… HANYA SATU JAM SAYA TERLEWAT!!! Saya terlepas semua peluang TERAKHIR itu… Sebagai anak bongsu dalam keluarga, semestinya saya agak manja dengan arwah abah… Sedih dan terkilan semua bercampur dengan benci dan dendam… Astaghfirullahala’zim…. Sewaktu saya sampai di kubur, azan Zohor belum berkumandang lagi.. Lama kami di kubur… bacakan Yasin, melihat tanah kubur yang masih basah dan merah itu membuat saya seolah-olah ingi gali semula kubur arwah… Tapi apakan daya… Jam 1.30ptg baru azan Zohor berkumandang… Allah Maha Besar… Allah Maha besar…

IMG_20160331_131158

pengubat rindu untuk tatapan anakandamu

Saya enggan terus pulang ke rumah mak.. Saya minta suami bawa saya pusing-pusing pekan Batu Gajah… Pukul 2.30 baru kami pulang ke rumah mak… Mak tanya..kenapa kamu lewat sangat.. saya kata saya dah pergi kubur arwah abah jam 1ptg tadi..mak agak terkejut….

Saya tak tahu nak describe macam mana perasaan saya ketika ini… Sampai je kat rumah.. adik beradik sibuk berbincang tentang kenduri tahlil di surau malam nanti lepas Isyak.. Saya salin pakaian dan solat Zohor.. Kemudian kami bergegas ke pasaraya untuk menyediakan masakan untuk kenduri nanti… Balik ke rumah.. saya terus menyediakan makanan untuk kami makan memandangkan saya dan anak-anak masih belum makan sejak pagi tadi, mak dan kakak serta kakak-kakak ipar menyediakan untuk makanan kenduri… Terasa mengantuk, lapar, sedih semua ada…

Alhamdulillah…. Semua dah selesai… Apapun, saya tetap terkilan..terkilan sangat-sangat…Esok pagi kami akan ke kubur lagi…. Semoga arwah abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… Amin…. Semoga abah juga memaafkan kami adik-beradik ….

With Love,

anakanda bongsu…

Tentang azlina mubin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *