7 amalan pembuka pintu rezeki bantu elak hidup susah

Sering kita terfikir, kenapa kita keja bagai nak rak namun masih belum mencukupi menampung keperluan seharian?? Di mana silap kita?? Lalu mulalah berasa mengalah dan menyalahkan takdir bahawa hidup ini tidak berlaku adil terhadap diri kita. Na’uzubillah… Jangan sampai kita tersasar dari landasan sebenar Islam.. Allah swt hanya menduga hambanya mengikut kemampuan hambanya itu sendiri..

Di zaman ini, segalanya memerlukan duit. Ia menjadi sesuatu yang penting walaupun ianya hanyalah sekeping kertas. Namun ianya sangat bernilai. Penting atau tidak, tanpa wang pastinya hidup akan susah dibuatnya. Tambahan lagi, bermacam-macam yang perlu dibayar.

Jom saya kongsikan 7 Amalan Pembuka Pintu Rezeki agar kita sama-sama dapat menjemput rezeki dilandasan yang betul.

1) Ikhlas

  • Apa sahaja yang dilakukan pastikan ianya beserta niat yang ikhlas walaupun kita hanya memberi satu ringgit tetapi dengan hati yang ikhlas ia tetap diberikan ganjaran dan pulangan yang baik.
  • Namun, walaupun kita memberi seratus ringgit dengan harapan agar ianya diketahui orang dan mengharapkan pujian orang semata, maka ianya adalah perbuatan yang sia-sia.

2) Jangan tamak

  • sifat tamak haloba sebenarnya adalah godaan syaitan yang sentiasa mengusik hati kita dengan dengan cara mengatakan semuanya masih tidak mencukupi.
  • ia juga mendorong kita untuk bersikap tamak haloba hingga tidak sedar telah mengambil hak yang sepatutnya menjadi milik orang lain.
  • jika ada perasaan sebegini di hati, elakkanlah. Cepat-cepat bersihkan hati supaya ia tidak bersarang di situ.

3) Hilangkan sifat bakhil

  • kalau nak kaya kena jadi kedekut?? Jangan begitu ye, sifat kedekut dan bakhil ini hanya akan menyempitkan lagi rezeki.
  • Bila kita ringankan tangan untu bersedekah, walaupun pada saudara mara sendiri ia sebenarnya membuka pintu-pintu rezeki lain untuk menghampiri.

sedekah

4) Jaga tutur kata

  • menjaga tutur kata bukan sahaja untuk menjaga hati danerasaan orang lain sahaja malah ia juga dapat menjemput rezeki yang luas ke dalam kehidupan kita.
  • bila kita sentiasa jaga tutur kata maka kurangnya kita menyakiti dan menghiris perasaan orang lain dan ini menjadikan orang lain senang dengan kita.
  • secara tak langsung, kita akan sentiasa mendapat doa yang baik daripada rakan-rakan dan orang di sekeliling kita. Jadi sentiasalah menjaga tutur kata

5) Muliakan orang tua

  • tak susah menjemput rezeki dalam hidup kita. Janji memuliakan orang tua.
  • bukan sekadar kedua orang tua kita sahaja bahkan mereka yang lain.
  • pandanglah mereka penuh kasih dan dengan pandangan lembut.
  • berilah mereka makanan atau pemberian dengan penuh ikhlas di hati.

6) Dhuha

  • rahsia yang paling penting untuk  kita menjemput rezeki ialh, jangan liat untuk melakukan solat Dhuha.
  • ia adalah rahsia menjemput rezeki yang tidak putus ke dalam kehiduan seharian.
  • paling mudah, lakukannya dua rakaat setiap hari. Tak sampai 5 minit pun.
  • kegagalan mengamalkan solat sunat ini boleh dianggap satu kerugian
  • jangan kedekut melaburkan lima minit masa kita untuk menjemput rezeki yang luas

dhuha

7) Doa

  • apabila semua usha telah dilakukan, sentiasalah bedoa kepada Allah swt agar sentiasa dipermudahkan urusan rezeki kita di muka buminya ini.
  • rezeki Allah swt beri tu luas dan biarlah dia melorongkan kita ke arah rezeki yang baik dan lapang.

doa murah rezeki

Kita bukankah hamba duit kerana jika tidak betul jalannya untuk mencukupkan keperluan hidup seharian. Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu membuka mata kita sebagai hambaNya di muka bumi ini. Apapun yang kita lakukan haruslah dengan redha dari Nya… Mungkin juga boleh rujuk Tips atasi gundah gulana untuk hilangkan stress yang kita alami.

 Semoga bermanfaat & selamat Berjaya!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *