Tips cegah komplikasi semasa hamil elak masuk wad akibat terlalu lemah

Setiap wanita hamil pasti akan merasa komplikasi yang berbeza-beza. Sepanjang tempoh 9 bulan mengandungkan bayi, terdapat pelbagai kemungkinan anda akan berdepan dengan komplikasi kehamilan. Komplikasi atau masalah ini akan melibatkan kesihatan ibu, bayi atau kedua-duanya. Ada juga yang mengalami masalah kesihatan semasa hamil, tidak kurang juga yang mengalami masalah kesihatan sebelum hamil lagi dan ia membawa kepada komplikasi. Seram kan?? Justeru itu, sangatlah penting bagi wanita hamil untuk menjaga kesihatan sebelum dan semasa hamil bagi mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan.

Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh wanita hamil ialah:

ANEMIA

Anemia ialah keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Wanita hamil yang mengalami anemia mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti cepat letih dan lemah. Antara penyebab anemia di kalangan wanita hamil adalah disebabkan kekurangan zat besi, folat, vitamin B12, infeksi dan talasemia. Implikasi bagi wanita hamil yang mengalami anemia ialah anak yang dikandung mungkin akan menjadi kecil dan dilahirkan lebih awal daripada tarikh yang sepatutya.

Cara mencegahnya, wanita hamil perlu mendapatkan makanan tambahan zat besi dan asid folik bagi membantu tubuh membekalkan darah untuk menampung tumbesaran janin.

Cadangan : Multivitamin Vitalea Iron Formula

MABUK KEHAMILAN

Kebanyakkan wanita hamil akan mengalami loya-loya dan muntah-muntah pada trimester pertama kehamilan. Biasanya symptom ini adalah bersifat ringan dan tidak melarat kerana ia akan berkurangan pada trimester kedua dan ketiga. Namun, ada juga yang mengalami alahan ini sehingga bersalin. Tetapi jumlahnya adalah sedikit.

Wanita hamil yang mengalami morning sickness yang teruk sehinggakan tidak boleh makan atau minum, maka dia perlu mendapatkan rawatan di hospital. Mereka ini boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan. Jika rawatan tidak diberikan, ia mungkin akan membahayakan anak dala kandungan dan ibu itu sendiri.

Mabuk hamil boleh dikurangkan dengan cara mengambil makanan dan minuman secara kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit, elakkan makanan berminyak, pedas atau bergoreng dan minum air diantara hidangan bagi mengurangkan muntah.

Selain itu, wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengambil multivitamin yang mengandungi pridoksin (vitamin*6) untuk membantunya mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk.

Cadangan : B-Complex

KENCING KOTOR

Masalah kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) adalah disebabkan jangkitan kuman pada saluran air kencing. Anda mungkin menghidapi UTI jika:

  • sakit atau rasa terbakar semasa kencing
  • demam, letih atau seram sejuk
  • kerap berulang-alik ke tandas untuk membuang air kecil
  • tidak puas kencing
  • sakit di bahagian bawah abdomen
  • air kencing berbau atau kelihatan berwarna merah
  • loya dan sakit belakang

Wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana factor perubahan hormon dan urethra (saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar) yang pendek.

Kencing kotor semasa hamil akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada buah pinggang. Komplikasi ini adalah serius kerana jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan menyebabkan kematian. Selain itu, bayi yang dikandung juga akan mengalami risiko kelahiran awal dan kurang berat badan.

Komplikasi ini boleh dicegah dengan minum air masak yang banyak iaitu 6 hingga 8 gelas sehari, menjaga kebersihan diri dan mengurangkan makanan yang manis. Selain itu, pengambilan vitamin C, beta-karotene dan zink juga membantu melawan jangkitan kuman tersebut.

Cadangan : Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

PRE-EKLAMPSIA

Pre-eklampsia adalah komplikasi serius yang dialami oleh kira-kira 5% wanita hamil. Anda disahkan mengalami pre-eklampsia jika tekanan darah tinggi dan protein pada urin, ginjal atau hati abnormal selepas 20minggu kehamilan.

Jika pre-eklampsia ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu seperti kegagalan fungsi hati atau buah pinggang dan risiko masalah jantung. Ibu juga berkemungkinan untuk mendapat sawan. Pre-eklampsia ini juga boleh menyebabkan plasenta tidak mendapat darah yang mencukupi sekaligus menyebabkan bayi yang lahir akan mengalami kurang berat badan.

Bagi mengelakkan masalah pre-eklampsia ini, wanita hamil perlu mengurangkan pengambilan makanan bergaram, mengelakkan minuman yang mengandungi kafein dan mendapatkan poisi tidur yang betul seperti berbaring mengiring ke kiri bagi membolehkan aliran darah yang optimum.

Cadangan : Ostematrix dan ESP

Ibu hamil juga perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengambil ubat atau suplemen yang dibenarkan. Saya juga antara pengguna SET HAMIL SHAKLEE sejak anak kedua lagi. Apa yang terkandung di dalam SET HAMIL ini mencakupi keseluruhan keperluan anda ketika hamil terutama bagi membantu mengatasi masalah di atas dari terjadinya komplikasi yang lebih serius.

PhotoGrid_1428271726826

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

  • Vitalea (multivitamin)
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
  • ESP

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:

  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • ESP
  • Omega Guard

Namun begitu, boleh rujuk secara details Fungsi Set Hamil Shaklee bagi membantu anda.

Semoga berjaya & selamat mencuba!!!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *