10 Rahsia Banyakkan Susu Ibu Sehingga bayi 2 tahun

Ramai kini  mula sedar tentang khasiat susu ibu berbanding susu formula pada awal kelahiran bayi. Kaum ibu kini sanggup berusaha sedaya upaya agar dapat memenuhi impian menyusukan bayi secara ekslusif sehingga usia bayi dua tahun. Namun begitu ada juga segelintir kaum ibu ini yang rungsing dan masih mencari teknik atau ingin mngetahui Rahsia Banyakkan Susu Ibu Sehingga bayi 2 tahun. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa rahsia & tips yang menjadi amalan saya selama menyusukan anak-anak saya.

1) Minum air masak 3 liter sehari

woman-drinks-3-liters-of-water-every-day-and-the-final-results-were-shocking

Air masak / kosong sangatlah penting bagi ibu menyusu. Ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang dan merundum.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Minum sebelum dan selepas susukan bayi anda.. Ini kerana badan kita kehilangan air yang banyak apabila menyusukan bayi

2) Makan makanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

3) Mind set /psikologi

Selalu letakkan/ set dalam minda bahawa Susu saya cukup untuk bayi saya! Saya yakin saya mampu susukan bayi saya sehingga 2 tahun!!!

 Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

4) Pam dengan kerap

PicsArt_03-02-12.44.09

hasil tuaian saya apabila konsisten mengepam & amalkan suplemen Shaklee. Alhamdulillah…

Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. walau sesibuk mana anda di office, luangkanlah 10-15 minit masa anda untuk mengepam. Atau susun atur masa rehat anda agar dapat mengepam susu sekerapnya.

5) Doa

Jangan lupa untuk panjatkan doa pada yang Maha Kuasa agar dapat memenuhi impian anda menyusukan anak sehingga 2 tahun setiap kali lepas solat. Amalkan juga zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, Ya Wahab.. selawat dan sebagainya ketika anda menyusukan bayi & ketika mengepam susu.

6) Elakkan/ kurangkan pengambilan jamu

Umum mengetahui jamu itu panas..Dikhuatiri air dalam badan akan berkurang. Kalau masih juga ingin mengambil jamu, dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu atau gandakan pengambilan air kosong. Jangan risau,.. jika anda konsisten menyusukan bayi anda, berat badan boleh selim melim tau

9) Tenang dan jangan stress

worried-woman-couple-11091902

Jangan terlalu stress takut tak dapat penuhi kehendak susu untuk bayi anda. Insya Allah..Jika ada usaha, pasti ada kejayaan yang menanti. Relax dan bayangkan yang inda-indah sahaja ketika meyusukan bayi atau ketika mengepam susu. Dengar alunan ayat al-Quran atau zikir ja boleh lapangkan fikiran anda…

10) Ambil suplemen penggalak susu

Jika anda rasa anda perlukan sesuatu pengambilan makanan tambahan untuk penggalak susu badan, bolehlah mencuba SET MENYUSU/ MILK BOOSTER untuk anda..

SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENCUBA!!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : Lina 012-7059520

 

One thought on “10 Rahsia Banyakkan Susu Ibu Sehingga bayi 2 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *