6 Alatan Rumah yang perlu dibersihkan elak kuman dan penyakit.

Rumah yang bersih dan kemas membuatkan anda berasa lebih selesa dan yakin berada di rumah sendiri. Membersih dan mengemas merupakan dua perkataan yang berbeza maksud. Mengemas adalah menyusun atur peralatan dan kelengkapan rumah supaya kelihatan lebih kemas dan rapi. Manakala membersih rumah pula bermaksud menghalang kuman dan bakteria yang belum dapat dilihat dengan mata kasar.

Walaupun anda membersihkan rumah setiap hari, ia belum tentu sihat kerana kuman masih bermaharajalela dibeberapa tempat. Untuk memastikan kesihatan keluarga anda berada pada tahap optimum dan bebas kuman, anda perlu perhatikan beberapa tempat yang harus anda bersihkan setiap hari.

Antaranya ialah :

  1. SUIS LAMPU DAN TOMBOL PINTU
  • Anda harus membersihkan suis lampu dan tombol pintu dengan menggunakan kain yang dicelup dengan pembasmi kuman. Selepas itu, lapkan dengan menggunakan kain yang bersih.

2.   PETI AIS

  • Jangan hanya sekadar meletakkan bahan makanan sahaja. Anda perlu membersihkan sisa-sisa makanan yang tertumpah di dalamnya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selain itu, bersihkan bahagian pemegang peti ais setiap hari dengan air suam, sabun pencuci atau cecair pembasmi kuman.

3.   TUALA MANDIAN

  • Kuman boleh membiak pada tuala yang lembap dalam waktu yang lama. Untuk mengurangkan perkembangan kuman ini, pastikan anda menggantikan tuala seminggu sekali. Jangan lupa bersihkan juga palang penyidai tepat anda menggantung tuala anda setiap hari.

4.   ALAT MAINAN ANAK

  • Apabila diperhatikan, anak-anak suka memasukkan tangan ke dalam mulut, apatah lagi dengan barang mainannya. Ini termasuk menyentuh pelbagai alat mainan yang lain. Sebab itulah, amat penting untuk anda sentiasa membersihkan mainan anak anda. Pastikan ianya juga dari bahan pembersih yang yang selamat.

5.   ALAT KAWALAN JAUH TELEVISYEN, TELEFON, DAN KOMPUTER

  • Anda kerap mengabaikan peralatan ini, sedangkan perlatan inilah yang kerap anda gunakan semasa berada di ruang tamu. Anda boleh bersihkan permukaannya dengan cecair pembasmi kuman yang selamat untuk semua ahli keluarga.

6.    SINKI

  • Penelitian mendapati bahawa 500,000 bakteria hidup dalam saluran pembuangan singki. Jadi, anda perlu membunuh kuman dengan menuangkan pembersih atau cecair pembasmi kuman ke dalam saluran singki beberapa kali seminggu.

** Cecair pembasmi kuman adalah satu produk yang boleh membantu membunuh kuman. Salah satu produk PEMBASMI yang saya gunakan adalah Bahan Pembasmi Bebas Kimia. Gunakan dengan jumlah seperti yang disyorkan. Jika menggunakan jumlah yang sedikit, ia belum tentu memberi kesan dan membunuh kuman.

ANDA JUGA PERLU TAHU JADUAL MEMBERSIH RUMAH BAGI MELANCARKAN KERJA RUMAH ANDA.

12004118_10153357592028876_7801595205828154961_n

HARIAN

  • Bilik Tidur – kemaskan barang dan rapikan tempat tidur.
  • Dapur – Pinggan mangkuk, peti ais, meja makan
  • Bilik Air – Sinki, tandas
  • Ruang tamu dan bilik – kemaskan barang, lapkan perabut, sapu lantai
  • Rumah – buang sampah ke tong sampah di luar rumah

MINGGUAN

  • Bilik tidur – gantikan cadar, lap dan bersihkan perabot dalam bilik
  • Dapur – bersihkan peralatan di atas meja dan mop lantai
  • Bilik air – bersihkan dinding, paip tandas dan cermin bilik air

BULANAN

  • Bilik air – keseluruhan dinding, lantai dan tandas.
  • Seluruh rumah – bersihkan tingkap, pintu dan kerusi
  • Halaman rumah – elakkan dari mengumpul sampah atau barang yang tidak diperlukan

Anda juga boleh rujuk 4 Tips Mudah Bersihkan Rumah dengan mood ceria bantu elak bosan

SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENCUBA!!!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

 

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : 012-7059520

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *