4 Tips Mudah Bersihkan Rumah dengan mood ceria bantu elak bosan

Lemah betul nak kemas rumah, Apatah lagi jika rumah memiliki kanak-kanak kecil yang semangnya gemar bermain. Kadangkala timbul rasa terbeban dan bosan untuk membersihkan rumah. Janganlah rasa begitu.. Masih ada cara untuk anda membersihkan rumah dalam suasana yang tenang dan menggembirakan. Sekaligus, rumah menjadi bersih dan bebas dari kuman yang tidak diingini.

Anda boleh cuba beberapa TIPS di bawah :

  1. Dengarkan Muzik/Lagu
  • Kalau anda merasakan muzik boleh memberikan ketenangan ketika mengemas dan membersihkan rumah, cubalah pasangkan lagu-lagu kegemaran anda. Aktiviti membersihkan rumah sama juga seperti bersenam, anda boleh lakukannya dengan cepat, lincah dan bertenaga. Secara tidak langsung, ia memberikan impak positif dan mood yang baik untuk membersihkan rumah. Tak perasan, kerja rumah dah siap

    2.   Menonton Televisyen dan Mendengar Radio

  • Tonton rancangan tv dan siaran radio kegemaran anda. Kadangkala siaran tv dan radio ada membincangkan topik-topik menarik atau rancangan komedi yang menarik minat dan menghiburkan anda. Jadi tidak salah untuk anda membersihkan barangan rumah sambil melayan topik-topik yang dibincangkan. Ia juga mampu membuatkan anda ketawa dan terhibur sehingga anda tidak sedar bahawa kerja rumah anda hampir siap. Tetapi, jangan pula mata hanya tertumpu di kaca tv sehingga leka dengan kerja rumah yang anda lakukan. Paling digeruni, sehingga ada barang kaca yang terlepas dari genggaman akibat terleka.. Bahaya tau, Hati-hati ye..

   3.   Sambil Berbual

  • Ketika membersih rumah, cubalah menelefon ahli keluarga atau kawan-kawan. Berbuallah perkara-perkara yang boleh menyenangkan tentang rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Elakkan dari ‘bergossip’ atau mengumpat. Namun, semasa berbual, gunalah ‘loud-speaker’ atau ‘hands-free’ agar tidak terganggu semasa membersihkan rumah.

  4.    Bergotong-royong

  • Aktiviti membersih rumah menjadi lebih seronok dan ringan jika ia dilakukan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Ajaklah suami serta anak-anak untuk turut serta membantu membersihkan rumah. Selain lebih cepat, ia juga dapat mengeratkan silatulrahim dan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Anda juga boleh rujuk  entri 6 Alatan Rumah yang perlu dibersihkan elak kuman dan penyakit bagi mengetahui secara terperinci alatan rumah yang mungkin kita terlepas pandang kepentingan untuk membersihkannya..

SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA!!!!

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Call/ Whatsapp : 012-7059520

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *