5 Perkara Atasi Rasa Gundah Bantu Elak Stress

Tiada orang diminta untuk ditimpa masalah. Keluh resah sepanjang masa, seolah tiada jalan keluar. Ada juga yang mengambil jalan singkat untuk lenyapkan setiap permasalahan yang datang. Kadang kala emosi memainkan peranan yang amat penting. Justeru, pegangan agama mesti diutamakan.

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit TIPS MENGATASI RASA GUNDAH DENGAn 5 PERKARA:

1) Anda boleh berubah, jika anda mahu berubah

  • “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri,” (Surah ar-Ra’d, ayat: 11)
  • Sememangya dalam kehidupan ini, kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh diri sendiri dengan syarat bersedia untuk berubah. Ingat! Sesuatu tidak akan berubah, jika diri sendiri tidak mahu merubahnya..

2) Kebaikan di sebalik yang tidak kita suka

  • ” Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui, ” (Surah al-Baqarah , ayat : 216)
  • Sering kali kita dengan udah menyalahkan sesuatu bahkan adakala kita meluahkan rasa kecewa andai apa yang kita inginkan tidak kita perolehi. tapi tahukah kita akan segala perancangan Allah untuk kita jika tidak untuk kita mendapatkan apa yang terbaik?

3) Anda mampu melakukannya

  • ” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 286).
  • Ada ketika kita akan berasakan ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita cukup besar. sekali gus menafikan diri untuk menghadapinya. Maka timbullah bibit-bibit putus asa yang berpanjangan.
  • Tapi lupakah kita, bahawa Allah pernah berkata, setiap ujian yang didatangkan adalah sesuai dengan kemampuan seseorang hambaNya. Jadi, kalau kita tidak mampu, masakan Allah memberikannya kepada kita?

4) Kemudahan bersama kesulitan

  • ” Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu adalah kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat : 5-6).
  • Ibarat kata peribahasa, ” Kalau tidak dipecahka ruyung, manakan dapat sagunya”. Begitulah kehidupan manusia. Tidak ada sesuatu yang mudah dalam hidup ini. Semuanya perlu diusahakan untuk kita mendapatkan sesuatu kemudahan. Dan sudah semestinya apabila Allah mendatangkan kesulitan, di situ Allah janjikan kemudahan bagi dirinya. Usahalah dulu barulah berserah!!

5) Takwa dan tawakal

  • ” Barangsiapa bertawakal kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak ia sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya. Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendakNya. Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya”. (Surah ath-Thalaq, ayat: 2-3)
  • Setiap kejayaan itu datangnya daripada usaha yang dilakukan . Dan daripada setiap kejayaan itu tidak semestinya dating daripada setiap usaha yang kita lakukan. Sebaliknya ia berlaku dengan izin Allah. Kalau Allah menghendaki maka jadilah. Begitulah juga sebaliknya.

Justeru itu, di dalam hidup ini, selain daripada usaha, bertawakallah kepada Allah kerana Dia yang Maha memberikan rezeki untuk hamba-hambaNya. Rezeki tidak datang daripada usaha tetapi rezeki datang daripada Allah swt.. Yakin dan percayalah bahawa rezeki tidak akan tersalah alamat….

cropped-Tentang-azlina-mubin.png

Jika anda berminat dengan sebarang produk SHAKLEE, hubungilah saya. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang dan Masai terutamanya Taman Scientex, Taman Cahaya Masai, Taman Kota Masai (Eco Tropics), Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Air Biru, Taman Pasir Putih, Taman Mawar, Desa Rakyat, Kg Cahaya Baru, Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri , Menara Aqabah, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Mydin Seri Alam dan kawasan lain sekitarnya.

Facebook : Azlina Mubin

Facebook page : Kedai Vitamin Pasir Gudang – Masai 012-7059520

ig : azlina_mubin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *